logo.rasmi.bm

Institusi Pendidikan Swasta

  1. Apakah syarat-syarat pemohonan penubuhan IPS?
    • Borang permohonan penubuhan boleh didapati di JPN dan BPSwasta, KPM.
    • Pemohon dimiliki oleh syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Perniagaan 1956 atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
    • Syarikat/organisasi hendaklah membuktikan keupayaan kewangan.
    • Syarat-syarat lain yang ditetapkan pada boring permohonan penubuhan (BPS01).
  1. Apakah syarat-syarat pendaftaran IPS?
    • Mengemukakan borang permohonan pendaftaran yang boleh didapati dari JPN negeri masing-masing.
    • Premis perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan.
    • Mengemukakan nama pengelola, guru dan pekerja institusi pendidikan.
    • Memenuhi kelulusan kursus/matapelajaran, bilik darjah, bilik khas dan makmal lain yang ditetapkan.
    • Membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan.
    • Serta syarat lain pada boring permohonan pendaftaran.
  1. Bagaimana hendak mengetahui sesebuah tadika berdaftar di sesebuah kawasan?
    • Carian tadika melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) di laman htpp://smpk.moe.gov.my
    • Papan tanda di hadapan premis tadika berdaftar.
  1. Bolehkah murid dari sekolah swasta/antarabangsa berpindah ke sekolah kerajaan?
    • Ya, boleh. Boleh memohon berpindah ke sekolah kerajaan selepas mendapat kelulusan dari JPN negeri berkenaan. Namun syarat kohort umur kemasukan murid ke sekolah kerajaan adalah terpakai.
  • Hits: 2157

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Jun 2019, 16:41.