direktori Direktori webmel Webmel

Salam Sejahtera,

Sekiranya anda mempunyai sebarang idea, cadangan, pertanyaan atau komen semasa melayari Portal KPM sila emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 NO PENGADU    MEDIUM   PERTANYAAN  JAWAPAN 
 1 Nor Hidayah Ibrahim Facebook  Salam KPM.. Boleh saya tahu bila akan keluar result penempatan negeri bagi calon temuduga April 2018? DG41 Calon Universiti Awam. Terima kasih Salam Sejahtera, Pohon rujuk Portal Rasmi KPM dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini. Terima kasih
 2 Pak Meon Facebook Saya ingin meminta agar pihak KPM  dapat menitikberatkan mengenai isu masa untuk menjawab soalan MATEMATIK UPSR pada tahun ini dan masa akan datang. Hal ini kerana ramai murid yang mengadu dan menangis di atas mereka tidak sempat untuk menjawab kertas MATEMATIK dek kerana mungkin soalan yang mencabar dan tidak setaraf dengan pemikiran mereka ini. Ini mungkin menyebabkan mereka menjadi stress memikirkan berkaitan masa yang tidak mencukupi. Sehubungan dengan itu saya ingin meminta pihak KPM dapat memikirkan kembaliisu ini. Mohon maaf jika ada kesalahan bahasa. Sekian, terima kasih Salam Sejahtera, terima kasih di atas maklumbalas dari pihak tuan. Pihak KPM mengambil maklum mengenaik perkara ini.
 3 Syazwan Hassan Facebook Disamping bimbingan yang baik dari ibubapa di rumah saya sangat bersetuju sekiranya pihak KPM juga dapat menambah baik kurikulum sekolah yang menerapkan pembentukan sahsiah diri dan displin anak-anak pada peringkat usia muda ini di sekolah supaya apabila mereka  memasuki alam sekolah menengah anak-anak ini akan menjadi lebih berdisplin dan mempunyai sahsiah diri yang cemerlang seperti dari segi pertuturan, kelakuan sopan dan rajin berdikari. Sikap yang cemerlang akan menjadikan anak-anak cemerlang dari pelbagai sudut di dalam kehidupan mereka nanti. Salam Sejahtera, terima kasih di atas pendapat dan idea yang bernas dari pihak puan. Pihak KPM mengambil maklum mengenai perkara ini.
 4 Mode Middle Change Facebook Kerajaan mesti memastikan sekolah yang uzur diganti dengan bangunan baru supaya murid selesa untuk belajar tanpa mengira jenis aliran sekolah. Pastikan pelajar selesa untuk belajar.  Salam Sejahtera, terima kasih di atas keprihatinan dari pihak tuan. Pihak KPM mengambil maklum mengenai perkara ini.

 

 

Terima kasih.

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 2.04 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: