direktori Direktori webmel Webmel

PENGENALAN

  1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  2. Ditadbir oleh KPM
  3. Pemilik tanah dan bangunan dikekalkan
  4. Kurikulum agama negeri dikekalkan
  5. Menerima pelbagai kemudahan

TUJUAN

  1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
  2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
  3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
  4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan

KELEBIHAN

KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK

  1. Kepada sekolah
    1. Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah
    2. Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah
    3. Menerima bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
    4. Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi
    5. Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan

  2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan
    1. Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan
    2. Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
    3. Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
    4. Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
    5. Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
    6. Berpeluang melanjutkan Pelajaran
    7. Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM

  3. Kelebihan kepada murid
    1. Berpeluang mendapat bantuan
    2. Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana
    3. Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
    4. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
    5. Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti

SYARAT PENDAFTARAN

  1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)
  2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa
  3. Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
  4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM
  5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah
  6. Mempunyai bangunan sendiri
  7. Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf
  8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan
  9. Bilangan murid melebihi 150 orang
  10. Tidak menanggung hutang

CARA MEMOHON

  1. Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga
  2. Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada BPI(Bahagian Pendidikan Islam)
  3. Menghantar profail sekolah, senarai nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang disahkan
  4. Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dimemukakan oleh KPM
  5. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM
  6. Menandatangani dokumen MoU
  7. Mengisi borang pendaftaran sekolah

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.8525 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: