logo.rasmi.bm

Kategori

Anugerah Kurikulum Program Pengajian Inovatif


Definisi Kurikulum Program Pengajian Inovatif

Kurikulum inovatif ialah kurikulum dinamik yang merangkumi kaedah penyampaian terkini, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran interaktif yang direka bentuk untuk menyokong pengalaman pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang responsif kepada perubahan serta keperluan negara dan global.

Objektif Anugerah

Anugerah kategori ini bertujuan mengenal pasti program-program pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang telah dirombak dan dijenamakan semula secara inovatif sehingga berjaya menghasilkan kumpulan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi.

Syarat Permohonan

  • Permohonan terbuka hanya kepada institusi (peringkat program)
  • Hanya satu (1) penyertaan setiap institusi.
  • Permohonan MESTI diperakukan oleh institusi.

Kriteria Penilaian

Semua penyertaan dalam bentuk projek/inisiatif memikir dan mereka bentuk semula pendidikan tinggi akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:
  • Rasional
  • Pendekatan
  • Keterlibatan pelajar; dan
  • Impak / Keberkesanan projek

Rasional (10%)

  • Adakah objektif reka bentuk semula kurikulum jelas?
  • Adakah falsafah penggubalan kurikulum menyeluruh dan menitikberat aspek kaedah, persekitaran pembelajaran dan pengalaman pembelajaran yang dinamik?
  • Adakah perubahan yang dicadangkan mempunyai nilai signifikan?
  • Adakah justifikasi yang dibentangkan mengambil kira isu di peringkat global/negara/universiti?

Pendekatan (30%)

  • Adakah pendekatan yang diambil jelas?
  • Adakah metodologi, strategi, teknik dan prosedur yang diguna pakai terperinci dan jelas?
  • Adakah pendekatan yang diambil inovatif dari segi metodologi / strategi / teknik/prosedur?

Keterlibatan (20%)

  • Adakah kurikulum yang dilaksanakan berpusatkan pelajar?
  • Apakah sokongan yang diberi oleh pihak pengurusan institusi dari segi kewangan, kemudahan, pengiktirafan dan lain-lain?
  • Adakah pemegang taruh terlibat dalam reka bentuk / semakan semula kurikulum?

Impak / Keberkesanan (40%)

  • Apakah impak inovasi yang terhasil seperti maklum balas daripada pemegang taruh dan kejayaan yang terhasil (bukti video dll.)?
  • Bagaimanakah keaslian penciptaan program ini dan adakah ia mencipta pekerjaan?
  • Sejauh manakah pencapaian projek/ inisiatif dari segi kebolehpasaran graduan dan keupayaan bergraduat dalam tempoh?
  • Adakah program ini menerima anugerah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dan mendapat maklumbalas yang baik dari industri seperti jaringan dan hubungan yang berterusan?
  • Adakah program ini mempunyai kelestarian dan semudah mana ia boleh direplikasikan ke program/projek atau institusi-institusi lain?

Nilai Anugerah

Nilai Anugerah Kurikulum Program Pengajian Inovatif adalah seperti di bawah :

Tempat Pertama

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM10,000

Tempat Kedua

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM5,000

Tempat Ketiga

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM3,000

Berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 25 April 2019, 11:15.

Capaian Hari Ini 2473

Capaian Minggu Ini 12856

Capaian Bulan Ini 66715

Jumlah Capaian 118396