direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama: Shaari bin Osman

Pendidikan :

  1. Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Matematik Dengan Kepujian Di Universiti Sains Malaysia(USM) (1983)
  2. Ijazah Sarjana (Master) Pendidikan Komputer Di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) (2006)

Pengalaman Perkhidmatan :

  1. Guru Siswazah Di SMK Limbang, Sarawak - (1983 – 1987)
  2. Pensyarah Di Maktab Perguruan Sarawak, Miri (IPGK Sarawak) - (1987 – 1990)
  3. Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – (1990 – 1994)
  4. Pensyarah dan Setiausaha Peperiksaan di Maktab Perguruan Ilmu Khas (IPGK Ilmu Khas) – (1994 – 2008)
  5. Ketua Penolong Pengarah, Unit Penilian dan Peperiksaan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – (2007-2008)
  6. Timbalan Pengarah, Institut Pergurusan Darulaman (IPGK Darulaman) – (2008 – 2009)
  7. Timbalan Pengarah, Technical Working Group (IPGM) – (2009)
  8. Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Ilmu Khas (IPGK Ilmu Khas) – (2009 – 2011)
  9. Pengarah, IPGK Ilmu Khas – (2011 – 2015)
  10. Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang – (2015 – 2017)
  11. Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) – (2017 hingga kini)

Kurniaan :

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2000
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2003
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2014

LATAR BELAKANG

Bahagian ini bermula sebagai Bahagian Sekolah yang ditubuhkan semenjak 1950an  dengan fungsinya untuk menyempurnakan aspek  pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah & menengah untuk melaksanakan dasar pendidikan. Untuk  menangani pertambahan sekolah dan kompleksiti pendidikan, Bahagian Sekolah telah distruktur sermula pada tahun 1995 dengan jawatan  Pengarah dinaik taraf menjadi JUSA C dan dua Timbalan Pengarah DG54.

Pada tahun 2004, sekali lagi penstrukturan  berlaku di mana tiga timbalan pengarah Gred DG54 diwujudkan dengan fungsi yang masih sama iaitu menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan  peringkat rendah dan menengah untuk mencapai dasar pendidikan bagi semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Pada 1 Mac 2008, Bahagian Pengurusan  Sekolah Harian telah diwujudkan melalui  penstrukturan semula Kementerian Pelajaran  Malaysia. Dianggotai seramai 150 orang dengan 82 pegawai dan 68 anggota sokongan. Diketuai oleh seorang Pengarah (JUSA B), dibantu tiga orang Timbalan Pengarah (DG54) dan disusun  kepada 7 sektor dengan  18 unit. Fungsinya  untuk menyempurnakan aspek pelaksanaan,  pentadbiran dan pengurusan pendidikan  peringkat rendah dan menengah untuk  mencapai dasar pendidikan bagi sekolah rendah dan menengah harian di Malaysia.

Mulai 16 Januari 2010 pula, Sektor Permata  telah diwujudkan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian menjadikan pertambahan kepada 8 sektor dan 20 unit dengan kekuatan seramai 88 pegawai dan 69 anggota sokongan. Kini  Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dianggotai seramai 157 orang kakitangan.

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) mempraktikkan nilai korporat yang dirangka bagi mempengaruhi kejayaan  atau kecemerlangan  BPSH dalam melaksanakan  dasar atau polisi yang ditetapkan. Ia dicapai dengan menyemai  nilai-nilai murni dan komitmen dalam kalangan warga BPSH ke arah pencapaian visi, misi yang telah ditetapkan.

FUNGSI

Melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penyelarasan, pemantauan dan pengurusan

  1. Pengurusan program dan pengoperasian persekolahan
  2. Pengurusan Hal Ehwal Murid
  3. Menerajui pengurusan mesyuarat dan persidangan 'Stakeholders'
  4. Penempatan dan pertukaran guru

PIAGAM PELANGGAN

BPSH berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi mewujudkan pendidikan yang berkesan dengan:

Pengurusan Penempatan  dan Pertukaran Guru :

  1. Memastikan proses penempatan guru diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas bekalan guru diterima daripada BPSM.
  2. Memastikan proses pertukaran guru diurus 2 kali setahun bagi pertukaran Januari dan Jun dalam  tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh permohonan diluluskan.
  3. Memastikan keputusan penempatan dan  pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.

Pengurusan Murid :

  1. Memastikan keputusan  permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan  dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja  setelah permohonan lengkap diterima

Pengurusan Permohonan Agensi Luar :  

  1. Bagi permohonan yang tidak memerlukan ulasan  Bahagian lain, status kelulusan dikemukakan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah  permohonan lengkap diterima.
  2. Bagi permohonan yang memerlukan ulasan Bahagian lain, status kelulusan dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja selepas ulasan diterima.

Pengurusan Semakan Kertas Makluman / Cadangan :

  1. Memastikan Kertas Makluman / Cadangan dikemukakan kepada urus setia dalam tempoh 14 hari bekerja

Ulasan Memorandum / Kertas Cadangan  

  1. Memastikan ulasan Memorandum/ Kertas  
  2. Cadangan dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja

Pengurusan Aduan Pelanggan :

  1. Memastikan Surat Akuan Terima dikeluarkan kepada pengadu yang mempunyai maklumat lengkap dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.
  2. Pengurusan Pembayaran kepada Pembekal :
  3. Memastikan urusan pembayaran bil dan  invois dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan bagi dokumen yang lengkap.

STRUKTUR ORGANISASI

Untitled 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
03 8884 9370 03 8888 6671  

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.905 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: