logo.rasmi.bm

Ujian Psikologi Dan Terapi Seni 'Ceriakan' Hari Mesra 2019

Hari Mesra 2019 Bahagian Psikologi dan Kaunseling telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohamad Azhan Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pagi tadi. Majlis berlangsung di Ruang Legar KPM di Presint 5, Putrajaya.

Hari Mesra ini merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi menyebar luas maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling kepada warga KPM.

Selain itu, Hari Mesra 2019 turut memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling, sekali gus mempromosikan Bahagian ini kepada seluruh warga KPM. Usaha ini juga dijangka dapat memantapkan kesejahteraan modal insan di KPM selain dapat membina hubungan dan jaringan bersama dengan bahagian-bahagian lain di KPM.

Pelbagai acara menarik diaturkan, antaranya Kaunter Klinik Bergerak, Pameran Info Psikologi dan Kaunseling, Aktiviti Terapi Seni (Art Therapy), Home and Play Therapy, Ujian Psikologi, Pameran Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) serta slot Bicara Santai oleh para kaunselor yang bertauliah dan berpengalaman sebagai pengisian program.

Turut hadir Puan Normazwin Yahya, Setiausaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling dan Timbalannya Puan Salmiah Monshie.

  • Hits: 248

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Mei 2019, 22:20.