logo.rasmi.bm

Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah-Sekolah Menengah KPM Ambilan 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).Calon-calon hendaklah:

Calon-calon hendaklah:

        2.1. Warganegara Malaysia;
        2.2. Sihat tubuh badan;
        2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019;
        2.4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

2.4.1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan pencapaian minimum CGPA 2.50 atau yang setara dengannya;

2.4.2. Bagi Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia;

2.4.3. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat di para 2.4.2.;

2.4.4. Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda dari IPTS tempatan dan instituti luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:

 i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan

2.4.5. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan secara atas talian boleh dilakukan di URL http://apps-ach.net/myINTERIM

Permohonan dibuka mulai 11 Mac 2019 (jam 1.00 tengah hari) sehingga 17 Mac 2019.

Muat turun Iklan Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz dan Proses Kerja Pengambilan.

  • Hits: 31590

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 25 April 2019, 11:15.

Capaian Hari Ini 2400

Capaian Minggu Ini 12783

Capaian Bulan Ini 66642

Jumlah Capaian 118323