logo.rasmi.bm

Tempoh Perkhidmatan Naib Canselor UKM Akan Berakhir Pada 31 Disember 2018 Seperti Yang Telah Ditetapkan Dalam Kontrak

Berhubung laporan media mengenai perkhidmatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg Prof Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan bahawa tempoh pelantikan beliau seperti mana ditetapkan dalam kontrak ialah sehingga 31 Disember 2018.

Oleh itu tempoh tamat kontrak ini tiada kaitan sama sekali dengan kontroversi program wacana yang membabitkan aktivis sosial, Hishamuddin Rais pada 13 November 2018, sepertimana yang cuba dikaitkan oleh sesetengah media.

Bahkan langkah mengenal pasti calon pengganti telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu. Oleh itu KPM memohon kerjasama pihak media agar mengelak daripada menyiarkan laporan yang tidak tepat bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Di kesempatan ini, YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Prof Tan Sri Dr. Noor Azlan, yang telah menerajui UKM sejak tahun 2014, atas sumbangan bakti beliau.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 DISEMBER 2018

  • Hits: 279

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Mei 2019, 22:20.