logo.rasmi.bm

Konsep

Berdasarkan amalan antarabangsa, PSH adalah sangat luas dan pelbagai. Suruhanjaya Eropah mentakrifkan PSH sebagai segala aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup, dengan tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, dalam aspek yang berkait dengan peribadi, sosial atau pekerjaan. Manakala The National Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) yang terdiri daripada 34 buah negara, mentakrifkan PSH sebagai semua jenis aktiviti pembelajaran tanpa mengira had umur. UNESCO mengesahkan pendidikan non-formal dan pembelajaran sebahagian daripada PSH.

Di Malaysia PSH menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan modal insan di negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari. Oleh itu, Definisi PSH berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH, ialah “pembelajaran yang disertai oleh mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah mereka yang mengikuti kursus sepenuh masa di sekolah, kolej atau universiti dengan tujuan untuk memperoleh kelayakan akademik atau kemahiran. Ia berdasarkan kepada umur produktif penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Oleh itu, konsep PSH diterima pakai oleh semua negara atau kawasan serantau, iaitu pembelajaran untuk semua tanpa mengira had umur, latar belakang atau kaedah pembelajaran. Ia seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.

Konsep

Sejajar dengan Lonjakan Ketiga, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi), (PPPM (PT) 2015-2025, yang telah dilancarkan pada 7 April 2015, Malaysia seharusnya mempunyai modal insan yang holistik yang mampu untuk menghadapi cabaran dan tuntutan semasa. Kementerian berhasrat untuk membudayakan PSH dalam kalangan masyarakat supaya ia menjadi sebati dalam budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia menjelang 2025. Hasrat ini akan tercapai menerusi pemantapan ekosistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras, harmoni dan diiktiraf, dalam kalangan komuniti pendukung PSH.

Justeru itu, strategi dan inisiatif dalam Lonjakan tersebut telah disusun dengan teliti merentas 3 fasa dan memastikan setiap fasa yang berturutan dapat meneruskan asas yang dibina sebelumnya serta selari dengan strategi PSH yang terkandung dalam Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020.

  • Hits: 592

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Mei 2019, 22:20.