logo.rasmi.bm

Kenyataan Akhbar Mengenai Status Keputusan Rayuan Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Bagi Program Pengajian Lepasan Stpm/Matrikulasi/Asasi (IJAZAH Pertama) Sesi Akademik 2014/2015

KENYATAAN AKHBAR

OLEH

YBHG. DATO’ PROF. DR. ASMA BINTI ISMAIL

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

JABATAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MENGENAI STATUS KEPUTUSAN RAYUAN

PERMOHONAN KEMASUKAN

KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

BAGI PROGRAM PENGAJIAN

LEPASAN STPM/MATRIKULASI/ASASI

(IJAZAH PERTAMA)

SESI AKADEMIK 2014/2015

  

    1. Bagi Sesi A kademik 2014/2015, sejumlah 21,502 calon Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi telah mengemukakan permohonan e-Rayuan setelah tidak mendapat tempat di IPTA sewaktu tawaran pertama pada 12 Ogos 2014.
    2. Berdasarkan permohonan rayuan yang diterima, sejumlah 5,328 orang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian. Seramai 2,119 orang calon adalah dari aliran Sains dan 3,209 orang calon adalah dari aliran Sastera. Bagi pecahan mengikut jantina pula, sejumlah 1,586 orang calon adalah lelaki manakala 3,742 orang calon adalah perempuan.
    3. Secara keseluruhannya, jumlah bilangan tempat yang ditawarkan kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi bagi Sesi Akademik 2014/2015 adalah sebanyak 42,795 tempat, berbanding 41,573 tempat pada sesi lepas
    4. Sukacita dimaklumkan bahawa dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum dalam menentukan nilai merit seseorang calon. Prinsip meritokrasi ini dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, jantina, tempat tinggal dan sebagainya.
    5. Bagi program pengajian perubatan, tindakan khas telah diusahakan untuk meningkatkan sekurang-kurangnya 100 tempat untuk pengambilan terus diperingkat IPTA bagi calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi yang mendapat PNGK 4.00 dan memohon program pengajian perubatan, tetapi telah ditawarkan program pengajian di luar pilihan mereka.

HEBAHAN RASMI KEPUTUSAN

    1. Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 boleh disemak mulai 15 September 2014 (Isnin), jam 12:00 tengah hari melalui saluran hebahan seperti di Lampiran 1.
    2. Calon boleh membuat semakan dan cetakan surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan seperti di Lampiran 2 mulai 15 September 2014 (Isnin).
    3. Dimaklumkan juga, KPM tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan ke IPTA.
    4. Semua pengurusan pengambilan pelajar ke IPTA telah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan kerjasama semua IPTA terlibat dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh KPM.
    5. BPKP JPT turut menyediakan perkhidmatan untuk membantu menjawab sebarang pertanyaan melalui saluran Talian Khidmat Bantuan (Helpline) di talian 03-8870 6767 atau Hotline di talian 03-8870 6777 atau melalui e-mel di alamat upu[@]moe.gov.my.
    6. Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September 2014, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.
    7. Dengan ini tamatlah proses pengambilan yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar, JPT, KPM. Selepas 15 Sept, 2014, pelajar yang layak dinasihatkan untuk merayu terus kepada IPTA pilihan bagi kursus yang masih ada kekosongan.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

  1. Tarikh pendaftaran pelajar baharu di IPTA bermula pada 17 September 2014. Calon adalah dinasihatkan agar merujuk kepada Laman Web Rasmi IPTA berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tarikh sebenar pendaftaran.

 

Dato’ Prof. Dr. Asma Binti Ismail

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

15 September 2014

 

Muat turun Kenyataan Akhbar di bawah yang disertakan Lampiran 1 dan Lampiran 2.

Bil Tajuk  
1. Kenyataan Akhbar Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi ke IPTA Muat Turun

 


Diterbitkan Oleh Unit Komunikasi Korporat

  • Hits: 5317

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 20 Mac 2019, 12:38.

Capaian Hari Ini 2859

Capaian Minggu Ini 9527

Capaian Bulan Ini 17673

Jumlah Capaian 28601