logo.rasmi.bm

Kenyataan Akhbar Lembaga Peperiksaan Penangguhan Ujian Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2014

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.

Dengan perkembangan terbaharu ini, LP akan membuat siasatan atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. Ini adalah bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas. LP akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung peperiksaan UPSR 2014, sila layari portal Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp

 

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

11 September 2014

 

Bil Tajuk  
1. Kenyataan Isu Soalan Bahasa Inggeris UPSR Bocor Muat Turun

 


Diterbitkan Oleh Unit Komunikasi Korporat

  • Hits: 2058

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 20 Mac 2019, 12:38.

Capaian Hari Ini 2859

Capaian Minggu Ini 9527

Capaian Bulan Ini 17673

Jumlah Capaian 28601