logo.rasmi.bm

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATBM)

 

Anugerah head

PENGENALAN

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu merupakan salah satu inisiatif strategik yang turut terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi untuk mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Anugerah ini juga merupakan acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan. Majlis penganugerahan tokoh ini akan disampaikan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan Tahun 2014 yang dijadualkan pada bulan Oktober 2014.

Penganjuran Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 2012. Dalam tempoh tersebut, dua orang tokoh telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu yang telah dianugerahkan dengan nilai hadiah berjumlah RM10,000 iaitu :

  1. YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar (2012)
  2. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusuf Haji Othman (2013)

PENCALONAN

Maklumat permohonan berkaitan Pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014 boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut :

  1. Kriteria Pemilihan Calon (Lampiran A);
  2. Syarat dan Peraturan Umum (Lampiran B); dan
  3. Borang Pencalonan (Lampiran C).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 September 2014. Semua permohonan/pencalonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, boleh berhubung dengan urus setia seperti berikut :

Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid

No. Telefon/e-mel : 03-8870 5096 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Nor Liyana binti Mohd Bokti

No. Telefon/e-mel : 03-8870 5083 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Lim Sue Yuen

No. Telefon/e-mel : 03-8870 5118 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Urus setia Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014

Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil Tajuk  
1. Lampiran A-Kriteria Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014 Muat Turun
2. Lampiran B- Syarat dan Peraturan Umum Muat Turun
3. Lampiran C - Borang Pencalonan Muat Turun

 

 


Diterbitkan Oleh Unit Komunikasi Korporat

  • Hits: 3654

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 16 Julai 2019, 14:11.