logo.rasmi.bm

Pengenalan SDH

Sekolah Dalam Hospital (SDH) adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi keciciran murid yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh yang lama atau berulang di hospital. SDH merupakan pusat pembelajaran di hospital yang khusus dan berstruktur, berfokus kepada kesediaan dan keupayaan murid bermasalah kesihatan. Pembelajaran di SDH adalah berorientasikan didik hibur dan fleksibel di mana guru sebagai pemudahcara untuk membantu mereka mengikuti pembelajaran di SDH. Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional. Penggunaan nama "Sekolah Dalam Hospital" telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah Dalam Hospital KPM Bil. 4/2011 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Mesyuarat juga memutuskan bahawa Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) diberi tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus SDH. SDH Malaysia berpandukan Model Hospital School in Australia (The Children's Hospital at Westmead. Royal Noith Shore Hospital and Sydney Children's Hospital. Randick) yang telah disesuaikan mengikut konteks Malaysia. Sehingga kini terdapat 15 buah SDH di seluruh negara. Pelaksanaan Program SDH sentiasa mendapat perhatian dan kerjasama daripada pihak agensi luar seperti Badan Bukan Kerajaan dan syarikat-syarikat korporat bagi memenuhi tanggungjawab sosial mereka. Sumbangan-sumbangan yang diterima amat bermanfaat untuk merealisasikan perancangan aktiviti-aktiviti dalam program ini.

  • Hits: 120

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 20 Mac 2019, 09:21.

Capaian Hari Ini 1808

Capaian Minggu Ini 8476

Capaian Bulan Ini 16622

Jumlah Capaian 27550