direktori Direktori webmel Webmel
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang Gred DG44 hingga ke Gred Khas C dan Pensyarah Cemerlang Gred DG48 hingga ke Gred DG54 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2018 bermula 16 April 2018 sehingga 18 Mei 2018.
 Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS Excel) dengan lengkap dan betul. Ketua Jabatan hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
 Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing.  Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN.
BIL. PERKARA  
1 BORANG PERMOHONAN GCPC TAHUN 2018 MUAT TURUN
2 BORANG PERMOHONAN PC IPG TAHUN 2018 MUAT TURUN
3 IKLAN GC PC TAHUN 2018 MUAT TURUN

 Terima Kasih.

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.8225 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: