direktori Direktori webmel Webmel

 

    Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2018.

 

         Permohonan yang lengkap perlu mendapat sokongan/ ulasan daripada Pengarah Bahagian atau JPN. Bagi permohonan PPP dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak boleh mendapat sokongan/ ulasan daripada Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing. Tarikh tutup permohonan bagi penyertaan program ini adalah pada 02 April 2018 (Isnin) dan permohonan yang lengkap berserta sokongan/ ulasan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tersebut jam 5:00 petang kepada:

                       

                        Pengambilan KOMTEP2018,

                        Sektor Dasar Keguruan,

                        Bahagian Pendidikan Guru,

                        Kementerian Pendidikan Malaysia,

                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E

                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                        62604 PUTRAJAYA

 

Sila muat turun surat tawaran dan dokumen lain yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

 

 Bil Tajuk  Perkara 
 1

Tawaran

Muat Turun  
2 Borang Permohonan Muat Turun  
3 Borang Pemeriksaan Kesihatan Muat Turun  
4 Borang Kebenaran Pasangan Muat Turun  
5 Lampiran A1 Muat Turun  
6 Lampiran D

Muat Turun  

7 Project Plan Muat Turun 
8 Sample Lesson Plan Muat Turun
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.7475 s.

Murid/Pelajar/Pelatih
Orang Awam
Warga KPM