logo.rasmi.bm

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Tindakan Menangani Jerebu Di Sekolah (28 September 2015)

LOGO KPM 2013 BM 01 xxs

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH



Berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 12.00 tengahari pada 28 September 2015, didapati tahap bacaan tersebut telah menurun khususnya bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Bahagian Sri Aman, Kuching, Betong dan Samarahan di negeri Sarawak serta Tanjung Malim di Perak.

Sehubungaan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan berkenaan yang ditutup pada hari ini hendaklah dibuka seperti biasa pada 29 September 2015 (Selasa). KPM juga ingin mengingatkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara agar dapat terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.

Sekiranya berlaku perubahan terhadap bacaan IPU tersebut kepada keadaan Tidak Sihat (IPU 101-200) atau Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300), maka pihak tersebut boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing berdasarkan Surat Siaran KPM Bil. 17 Tahun 2013 bertarikh 7 Ogos 2013 [Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal].

Sekian dimaklumkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia
28 September 2015

  • Hits: 1249

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 23 Mac 2019, 22:29.

Capaian Hari Ini 74

Capaian Minggu Ini 16802

Capaian Bulan Ini 24948

Jumlah Capaian 35876