logo.rasmi.bm

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Tindakan Menangani Jerebu Di Sekolah (27 September 2015)

4 LOGO KPM 2013 BM 01 xxs

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari ini 27 September 2015 mendapati beberapa buah negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU yang Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300).

Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup pada 28 September 2015 (Isnin). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri dan Bahagian tersebut hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.

Terima kasih.

Kementerian Pendidikan Malaysia
27 September 2015

  • Hits: 1288

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 23 Mac 2019, 22:29.

Capaian Hari Ini 78

Capaian Minggu Ini 16806

Capaian Bulan Ini 24952

Jumlah Capaian 35880