logo.rasmi.bm

Qari Malaysia Johan Tajwid Di Kuwait

Amirahman Abas

Ustaz Amirahman Abas

 

 PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Qari Malaysia, Amirahman Abas muncul johan kategori Tajwid Majlis Tilawah '5th Kuwait International Prize of the Holy Quran' yang berlangsung di Kuwait, mulai 31 Mac hingga semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Amirahman, 31, menerima sijil kemenangan dari Amir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada upacara penutup majlis tilawah itu di Istana Bayan, semalam.

Guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan itu juga merupakan naib johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56, tahun 1434H/2013M.

Selain Amirahman, Malaysia turut diwakili Mohammed Khairul Abdul Razaq, 24 dalam kategori Hafazan, menurut kenyataan itu.

Sebanyak 140 peserta dari 70 negara mengambil bahagian dalam majlis tilawah itu dengan setiap negara hanya boleh menyertai dua daripada tiga kategori disediakan iaitu tajwid, qira'at dan hafazan.

Upacara perasmian majlis tilawah berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, pada 31 Mac lepas.

Qari Malaysia Johan Tajwid Di Kuwait

 

Bil Tajuk  
1 BERNAMA Kilk Sini
  • Hits: 2699

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 21 Mac 2019, 23:57.

Capaian Hari Ini 63

Capaian Minggu Ini 13668

Capaian Bulan Ini 21814

Jumlah Capaian 32742