Happiness Forum 2019

Bertempat di Universiti Heriot Watt Putrajaya telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Antarabangsa. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB. Dr. Maszlee Malik. Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,  Datin Paduka Ir. Siti Hamisah Tapsir.
 
Ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena Forum Kebahagiaan anjuran Universiti Heriot Watt, YB Dr. Maszlee menekankan emosi, sosial pelajar dan pembangunan kognitif perlu diberikan perhatian semua pihak. Ini bagi memastikan para pelajar mencintai ilmu pengetahuan dan sekali gus merasai pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih bermakna. 
 
Terdahulu YB Dr. Maszlee berkesudian merasmikan Program EMPOWER. Program yang disertai oleh semua pelajar Universiti berkenaan diadakan bagi membangunkan potensi mereka secara holistik.
 
 
(UKK 20 Mac 2019)
  • Hits: 129
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Ogos 2019, 14:42.