logo.rasmi.bm

YB Dr Maszlee Adakan Lawatan Susulan Melihat Keadaan Mangsa Pencemaran Bahan Kimia Pasir Gudang

Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik hari ini mengadakan lawatan bagi melihat status terkini murid-murid dan guru-guru yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, En. Azman Adnan.

Bercakap kepada wartawan kemudian, YB Dr Maszlee berkata, beliau gembira melihat keadaan murid-murid dan guru-guru yang semakin pulih.

Dalam pada itu YB Dr. Maszlee sekali lagi mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyumbang kepada bencana sisa kimia ini sehingga menjejaskan kesihatan serta keselamatan penduduk sekitar daerah Pasir Gudang.

Selepas mengadakan lawatan berkenaan, YB Dr Maszlee serta pegawai-pegawai bergerak ke Menara Aqabah, Pasir Gudang bagi mendengar taklimat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

"Hasil daripada taklimat ini nanti akan menentukan sama ada semua sekolah yang ditutup sebelum ini benar-benar selamat untuk dibuka kepada guru-guru dan murid-murid yang berkenaan," tambah beliau.

Ini merupakan lawatan kedua beliau. Pada 12 Mac 2019 lalu beliau telah menziarahi murid-murid yang dirawat di Hospital Sultan Ismail.

  • Hits: 31

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 19 Jun 2019, 20:50.