logo.rasmi.bm

IPG Kampus Ilmu Khas Hasilkan Modul 10 Minit Perhimpunan

Program Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Tahun Ilmu Khas berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik berkata, penghasilan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) merupakan satu usaha positif yang perlu dihargai dan disokong oleh semua pihak.

"Perhimpunan sekolah perlu berubah daripada amalan konvensional kepada amalan yang lebih dinamik. Evolusi perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian dengan keperluan dan hasrat kementerian untuk mencapai kemenjadian murid dalam pelbagai kemahiran.

"Saya berharap segala usaha memaksimumkan peranan alumni perlu disokong dengan tujuan mewujudkan hubungan yang sihat sesama alumni ataupun institut," kata beliau semasa berucap pada majlis berkenaan.

M10MP ialah himpunan aktiviti 'unpack curriculum' yang komprehensif dan berstruktur yang dilaksanakan dalam tempoh 10 minit sewaktu perhimpunan sekolah.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), YBhg. Dato' Sulaiman Wak; Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, YBrs. Dr. Rusmini Ku Ahmad; Pengerusi Alumni IPGKIK, Datuk Siti Salmah Mat Jusak serta Pengarah IPGKIK, YBrs. Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali.

Dalam pada itu, kata beliau, amalan dan teori pengajaran di IPG tidak lagi boleh menggunakan amalan tradisional seperti pada tahun 1980-an untuk diaplikasikan kepada warga siswa IPG yang hari ini lahir pada tahun 2000.

"Hari ini, dunia berubah. Dan anak-anak kita di bilik darjah, di sekolah-sekolah juga berubah. Oleh yang demikian, para pelatih guru, siswa di IPG juga harus berubah kerana cabaran mendidik pada tahun 2020 berbeza dengan cabaran ketika para guru mengajar di sekolah pada tahun 1980-an," tambah beliau.

YB Dr. Maszlee turut memaklumkan bahawa selain pendidikan berteraskan nilai, KPM juga memfokuskan ketinggian kualiti sebagai hala tuju yang perlu dicapai bersama.

"Ketinggian kualiti merangkumi tiga aspek iaitu kecemerlangan, relevansi dan keberkesanan. Alumni berperanan menyokong sesebuah institusi pendidikan dalam pelbagai aspek seperti sokongan kepakaran, sokongan material, sokongan moral mahupun aktiviti sukarela," kata beliau.

Beliau dalam pada itu menyeru kepada Alumni Ilmu Khas agar membantu IPG Ilmu Khas dari segi bantuan kewangan melalui sokongan pihak swasta dalam memastikan IPG ini melahirkan lebih mahasiswa pendidik yang kompeten, cemerlang dan dihormati.

{gallery}KPM/UKK/Galeri2019/0212_IPG_Kampus_Ilmu_Khas_Hasilkan_Modul_10_Minit_Perhimpunan {/gallery}

  • Hits: 40

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 19 Jun 2019, 20:50.