logo.rasmi.bm

Program Jom Ke Sekolah Erat Kerjasama PDRM-KPM Lahir Murid Holistik

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

Berucap melancarkan program itu, Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik berkata menerusi kerjasama itu, seorang Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) akan ditempatkan di setiap sekolah di seluruh negara.

"Saya berharap Program Jom Ke Sekolah dengan kerjasama KPM-PDRM dapat menghindari murid dari ponteng sekolah, mencegah salah laku murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah atau tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

"Saya berharap Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya dapat memberi nasihat dan panduan kepada murid-murid semasa perhimpunan sekolah," kata beliau semasa berucap merasmikan program berkenaan di SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor.

Dalam ucapannya, YB Dr Maszlee turut memperkenalkan tagline "Dadah Tak Cool" bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang bahaya dadah.

Beliau berharap para murid akan menjadikan tagline itu dalaman kehidupan seharian mereka bagi memerangi gejala dadah.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM, Yang Dihormati Komisioner Polis Dato' Sri Rosli Ab Rahman mewakili Ketua Polis Negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPM, YBhg Dato' Kamel Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, YBrs Jamil Mohamed dan Pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Sementara itu, Dato' Sri Rosli berkata seramai 10,201 PPS telah dilantik dim ana pecahannya melibatkan 7,774 orang di sekolah rendah dan 2,427 lagi di sekolah menengah.

 

  • Hits: 36

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 27 Jun 2019, 09:57.