logo.rasmi.bm

Program Libat Urus Bersama Kepimpinan Tertinggi Universiti Awam

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia mengambil bahagian dalam Program Libat Urus Menteri Pendidikan Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah dan Naib Canselor Universiti Awam: Hala Tuju Universiti Awam Tahun 2019. Progam dua hari ini berlangsung di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Ia berakhir hari ini.

Dalam amanatnya beliau mengesyorkan kepentingan kedua-dua IPTA dan IPTS bekerjasama bagi mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih baik.

"Perjalanan masa depan, kita perlu berganding dan bekerjasama dalam satu keluarga. Wujudkan jalinan kerjasama," kata beliau.

YB Dr Maszlee yakin sekiranya kedua-dua sektor swasta dan awam bekerjasama, negara boleh menyumbang kepada "hasil yang lebih baik."

Program ini dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah dan Naib-naib Canselor Universiti Awam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPM, YBhg Dato' Kamel Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg Dato' Azizan Mohamad Sidin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs Mohamad Azhan Md Amir juga hadir sama.

 

  • Hits: 30

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Jun 2019, 17:16.