logo.rasmi.bm

Kerangka Konseptual

KERANGKA KONSEPTUAL

WhatsApp Image 2019 02 27 at 12.00.42

  1. Kerangka Konseptual Tingkatan Enam yang merangkumi dua komponen utama iaitu kurikulum dan kokurikulum.
  2. Matlamat pendidikan Tingkatan Enam adalah bagi membentuk kepimpinan menuju ke arah Membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, jati diri bagi mendokong aspirasi nasional. Mendidik murid secara menyeluruh berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan jauh, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.
  3. Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skills).
  4. Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1½ tahun yang merangkumi tiga penggal. Penggal 1 bermula dari bulan Mei hingga November, Penggal 2 bermula dari bulan Januari hingga Mei dan Penggal 3 bermula dari bulan Mei hingga November.
  5. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat pengikhtirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
  6. Kegiatan kokurikulum Tingkatan Enam mesti dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kebolehpercayaan hasil penilaian itu tidak dipertikaikan, lebih-lebih lagi apabila markah kokurikulum dijadikan sebahagian daripada markah penilaian kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan Enam turut melibatkan perubahan pengoperasian kokurikulum. Oleh itu, pengurusannya boleh diadakan secara berasingan daripada kegiatan kokurikulum arus perdana.

 

  • Hits: 1340

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 19 Jun 2019, 20:50.