logo.rasmi.bm

Piagam Pelanggan

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

BIL

ELEMEN PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN

PROSES KERJA

1.

Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan peperiksaaan awam diumumkan seperti keterangan berikut :

   
  Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja BPI

  Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Sekolah Seni Malaysia dimaklumkan dalam tempoh 45 hari bekerja BPSS  
  Lepasan PT3 ke sekolah vokasional/teknik/asrama penuh/SMKA dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja BPI  
  Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam (6) dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja. BPSH  

2.

Keputusan permohonan belajar semula/pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

BPI

 
BPSS

3.

Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.

BPKhas, 

 
BPTV

4.

Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh  tujuh (7) hari bekerja selepas ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.

BPSWASTA

 

5.

Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

BSTP

 

6.

Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

BPSM

 

7.

Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh  tujuh (7) hari bekerja selepas ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.

BPSwasta

 

8.

Pengeluaran pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baharu dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima mengikut kelompok yang ditetapkan.

PTPTN

 

9.

Surat keputusan bagi permohonan akreditasi program dikeluarkan daripada pembekal pendidikan tinggi dalam tempoh 7 bulan selepas semua permohonan lengkap diterima.

MQA

 
  • Hits: 2424

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman