logo.rasmi.bm

Nor Farhatul, Pelajar SMAP Labu Muncul Johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

johan tilawah

Nor Farhatul Fairuzah Panut, pelajar Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, muncul johan Kategori Tilawah (Wanita) pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61, malam tadi.

Qariah berusia 19 tahun itu memperoleh 87.05 peratus markah. Selaku johan beliau menerima hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan.

Dipetik BH Online, Nor Farhatul Fairuzah berkata, ibunya, Jaliah Simin, 63, pernah menyatakan keinginan menunaikan umrah, justeru beliau mahu merealisasikan hasrat berkenaan sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanan orang tua.

“Ibu pernah menunaikan umrah tetapi kali ini, saya mahu membawanya menggunakan wang kemenangan malam ini (tadi). Beliau adalah insan banyak menyokong selain arwah ayah, Panut Markom yang meninggal dunia pada 2017.

“Selain itu, saya mahu menyimpan hadiah kemenangan untuk kegunaan melanjutkan pengajian pada masa depan,” kata beliau.

Bagi menghadapi pertandingan itu, Nor Farhatul Fairuzah yang juga anak bongsu daripada lima beradik berkata, beliau banyak melakukan latihan, terutama selepas setiap solat fardu.

“Saya mengamalkan membaca al-Quran selama 15 minit selepas solat, waktu paling sesuai selepas sembahyang subuh untuk ‘memecahkan suara’.

“Saya juga tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara,” katanya.

Qari Malaysia, Abdul Khair Jalil, 40, mengungguli Kategori Tilawah (Lelaki).

Seramai 74 peserta dari 41 negara mengambil bahagian dalam majlis tilawah kali ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Sumber foto: kosmo.com.my

  • Hits: 1775

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Jun 2019, 17:07.