logo.rasmi.bm

Pasukan Vincera, Smk King George V Cemerlang Di 4x4 In Schools World Finals 2019

 
 
MALAYSIA BOLEH! Itulah semangat yang dibawa oleh Pasukan Negara ke 4x4 In Schools, World Finals 2018 di University of Warwick, Coventry, United Kingdom yang berlangsung dari 11 hingga 18 April 2019.
 
Pasukan Vincera dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Negeri Sembilan yang dianggotai oleh lima orang murid iaitu Najwa Insyirah Mohd Yusof, Goh Yen Theng, Alliqa Azreena Mohd Azri dan Selvi Hong dan Hareez Dinie Norazlan telah mengharumkan nama negara dengan meraih Naib Juara Dunia pertandingan tersebut, di samping dianugerahkan “Best Sponsorship & Marketing Award”.
 
Mereka dibantu oleh guru pembimbing,  Gan Bin Hoon.
 
Pasukan dari negara Greece merupakan Juara dan tempat ketiga ialah pasukan dari negara Portugal.
 
Selain SMK King George V, turut mewakili Malaysia ialah Pasukan Ventura 4x4 dari SMK Agama Johor Bahru, Johor yang dianggotai oleh Amirul Syahmi Mohd Sani, Muhammad Wafi Mohd Hazrinuddin, Muhammad Nur Farhan Aminuddin, Muhammad Adam Fiqri Muhamad Fauzi Aftori, Muhammad Adam Fiqri Muhamad Fauzi, Ahmad Danish Mohamed Rohaizat dan Aina Farahin Muhamad Fauzi.
 
Penyertaan kedua-dua pasukan yang mewakili Malaysia ke pertandingan berkenaan adalah merupakan hasil kerjasama erat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan negeri dan agensi swasta.
 
F1 In Schools Malaysia selaku penasihat teknikal program berkenaan juga telah membantu dalam mempersiapkan pasukan negara untuk ke pertandingan tersebut.
Jelas, hasrat Anjakan 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk kerjasama semua pihak sama ada kerajaan dan juga pihak ibu bapa dan masyarakat bagi pembangunan pendidikan telah dapat dicapai.
 
YBrs Mohd Azri Atan, Pengurus Pentadbiran, Rangkaian TV Media Prima Berhad telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen (Sarana Ibu Bapa) bagi membantu persiapan pasukan terutamanya berkaitan tajaan, promosi media dan pengurusan pasukan termasuk penyediaan out-fit dan cenderamata pasukan Vincera.
 
Ini merupakan kejayaan buat kali kedua untuk Malaysia selepas SMK Seri Perling, Johor Bahru iaitu Pasukan Panthera yang muncul Naib Johan keseluruhan pertandingan berkenaan yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 2017.
 
Program 4x4 in Schools merupakan program perluasan dari F1 in Schools yang telah bermula sejak tahun 2017 lagi. Ia merupakan program yang berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta reka bentuk, inovasi dan juga pemasaran.
 
Program ini juga menitikberatkan tentang kemahiran 'coding' bagi sesebuah kenderaan yang direka. Selain daripada itu, program ini memberikan pendedahan awal berkaitan 'life skills' kepada murid seperti merancang, bekerjasama, kemahiran menyelesaikan masalah dan memupuk semangat persaingan yang sangat diperlukan di peringkat pengajian tinggi dan kerjaya. Peserta diuji menerusi pelbagai bidang, antaranya mereka bentuk prototaip kenderaan pacuan empat roda, kejuruteraan, pemasangan, pemasaran, penyediaan portfolio dan pemanduan model kenderaan yang dihasilkan di trek yang disediakan penganjur.
 
Sebanyak 22 buah pasukan dari seluruh dunia yang telah mengambil bahagian di pertandingan tersebut iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Mexico, Brazil, Greece, Portugal, Cyprus, UAE, Afrika Selatan, dan wakil tunggal dari Asia Tenggara adalah Malaysia.
 
Selain trofi, sijil serta hadiah wang tunai sebanyak £1000 peserta memperolehi pengalaman dan soft skills yang sangat berharga di peringkat anatarabangsa.
 
(UKK 16 April 2019)
  • Hits: 400

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Jun 2019, 16:40.