logo.rasmi.bm

WARIS SENI PETAMA Menempa Nama Di Pentas Antarabangsa | 6 -11 Mac 2019, Amsterdam, Belanda

 

            Kontinjen WARIS SENI PETAMA Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dengan kebenaran KPM telah menyertai pertandingan International Dance Competition Amsterdam Dance Open 2019 dalam mengembangkan bakat anak-anak penari sekolah di bawah pentadbiran PPD Petaling Utama. Penari-penari yang terdiri daripada 5 orang murid SMK (P) Sri Aman, 3 orang murid SMK ASSUNTA, 3 orang murid SMK Sultan Abdul Samad dan 2 orang murid SK Sri Petaling yang sememangnya sudah sedia cemerlang pada peringkat kebangsaan dan telah memberi persaingan kepada sekolah seni Malaysia.

            Ini merupakan tahun kedua, kontinjen WARIS SENI PETAMA Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama menyertai pertandingan anjuran European Association Folklore Festival (EAFF) anjuran bersama UNESCO selepas memenangi kemenangan besar di Paris, Perancis tahun lepas.

            Alhamdulillah, bagi tahun ini, kontinjen yang diketuai sendiri oleh Encik Azmi bin Misron, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama, diiringi bersama 4 orang pegawai, 2 orang guru dan seorang kareografer, sekali lagi telah menempa kejayaan yang lebih cemerlang, bersaing dengan negara-negara Eropah dan Indonesia, sekaligus berjaya menaikkan nama Malaysia.

            Sebanyak 74 pasukan tarian masuk bertanding, terdiri daripada negara-negara Eropah dan Indonesia. Terdapat 6 genre tarian dipertandingkan, antaranya Jazz, Hip Hop dan Tradisional dan  11 kategori pertandingan di bawah genre tarian tradisional telah dimasuki oleh kontinjen WARIS SENI PETAMA.

JOHAN

  1. Senior Group – Layar Batuttah
  2. Junior Group – Joget Serampang Bugis
  3. Senior Solo – Jatiswaram
  4. Senior Duo – Tandang Bermadah
  5. Junior Duo – Sang Puteri
  6. Children Solo – Zapin
  7. Children Duo – Zapin kreatif

NAIB JOHAN

  1. Senior Duo – Joget Junjung Si Kaduk
  2. Senior Trio – Zapin Kuasa Cinta
  3. Junior Duo – Juklah Guru Abe
  4. Children Solo – Joget

 

Disediakan oleh,

Kuhanis binti Mohamad Zain
Penolong PPD Kokurikulum Akademik,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama.
  • Hits: 487

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 17 Jun 2019, 00:32.