logo.rasmi.bm

Bahagian Psikologi dan Kaunseling

KETUA JABATAN

kj psikologi dan kaunseling.jpg


Nama :

Puan Normazwin binti Yahya
 

LATAR BELAKANG

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999, Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Psikologi di Agensi Awam memberi mandat bidang kuasa kepada Kaunselor Organisasi terutama di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan tugas. Pekeliling ini menggariskan beberapa perkara asas seperti kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling, peranan ketua jabatan, pelantikan pegawai psikologi dan bidang tugas pegawai tersebut.

Penubuhan Bahagian Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam tahun 1992 mencetuskan perubahan dalam disiplin psikologi dan kaunseling yang mempelopori pengurusan dan perkhidmatan kaunseling di sektor awam. Kementerian Pendidikan Malaysia pula mula mengorak langkah dengan tertubuhnya Cawangan Kaunseling dan Keutuhan dalam Bahagian Sumber Manusia pada tahun 2002 dan seterusnya menjadi Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) pada 1 Mac 2008. Senario ini memberikan paradigma baru terhadap pengurusan dan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian Pendidikan Malaysia. Model pengurusan dan perkhidmatan Bahagian Psikologi dan Kaunseling dianggap sebagai penanda aras awal bagi pelaksanaan di peringkat sektor awam.

Bagi mengaplikasikan sistem penyampaian melalui aspek psikologi dan kaunseling, ia memerlukan komitmen dan perjuangan yang tinggi dan integriti. Bagi tujuan ini, penstrukturan semula Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan mengemaskini struktur di peringkat akar umbi iaitu di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi di seluruh negara. Paradigma perubahan ini begitu mencabar bukan sahaja menyediakan prasarana dan kemudahan fizikal tetapi menyediakan sumber tenaga manusia yang dapat berdaya saing dan dapat melonjakkan BPsK sebagai model aplikasi psikologi dan kaunseling di Malaysia khususnya di Kementerian Pendidikan Malaysia.

VISI

Insan sejahtera warga harmoni emosi seimbang

MISI

Pembestarian perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk memperkembangkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

OBJEKTIF

  • Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
  • Menyediakan pendidikan kesejahteraan mental dan fizikal kepada warga kpm.
  • Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
  • Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor organisasi yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan selaras dengan akta kauselor 1998 (akta 58Q);
  • Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam termpoh sepuluh (10) minit; 
  • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja kementerian pelajaran malaysia dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien;
  • Memastikan laporan sesi kaunseling disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja atas permintaan;
  • Memastikan laporan ujian psikometrik disediakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas diambil atas permintaan klien.

STRUKTUR ORGANISASI

  carta organisasi untuk portal KPM


HUBUNGI

Alamat Nombor Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E9, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604, Putrajaya
03-8872 1681 03-8872 1680 [emal]
  • Hits: 2186

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Jun 2019, 16:41.