logo.rasmi.bm

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

KETUA JABATAN

kj sumber dan teknologi pendidikan.jpg


Nama :


Encik Zaidi Bin Yazid
 

LATAR BELAKANG

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) terdiri daripada penggabungan tiga bahagian iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Bahagian Buku Teks (BBT) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di bawah pengstrukturan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 3 Januari 2019.

Penggabungan ini mencerminkan transformasi sistem pendidikan negara selaras dengan perubahan teknologi dan persekitaran persaingan global. Ini bertujuan untuk melonjakkan pencapaian dan kemenjadian semua murid melalui penghasilan dan penerbitan sumber pelbagai media merangkumi sistem penyampaian yang berkualiti dengan menggunakan teknologi sebagai pengupaya yang cekap dan berkesan. Penggabungan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan efisiensi sistem penyampaian pekhidmatan pendidikan negara.

VISI

Menerajui transformasi generasi bestari dan industri perbukuan negara melalui pelbagai sumber dan teknologi pendidikan.

MISI

Memacu pembangunan modal insan dengan menggunakan sumber rujukan berkualiti, pengintegrasian teknologi pendidikan serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan membina budaya membaca melalui kemajuan industri perbukuan negara.

OBJEKTIF

  1. Memastikan buku teks yang diperakui, berkualiti berdasarkan proses kawalan mutu yang ditetapkan.
  2. Memastikan buku teks dibekalkan ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan
  3. Membangun bahan pembelajaran yang berkualiti dan mengintegrasi teknologi pendidikan untuk meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.
  4. Mengenal pasti alternatif teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.
  5. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
  6. Meningkatkan amalan budaya membaca dalam kalangan murid.
  7. Memastikan semua sekolah mencapai tahap bestari.

FUNGSI

  1. Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar sumber dan teknologi pendidikan.
  2. Merancang, menyelaras dan menentukan keperluan dan bentuk program penerbitan untuk menghasilkan buku teks sekolah dari peringkat rendah sehingga menengah atas.
  3. Mengurus dan memantau pelantar pembelajaran bagi menyokong pembelajaran berasaskan web dan mudah alih.
  4. Merancang, menyedia dan menilai keberkesanan serta melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.
  5. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau, menilai dan membudayakan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.
  6. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan pusat sumber sekolah.
  7. Merancang serta mengurus setia Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan tadbir urus Dasar Buku Negara (DBN) bagi memartabatkan industri perbukuan negara.

        Fungsi tambahan kepada JPN dan BTPN

  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
  • Merancang dan menyelaras inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan serta menyedia, melaksana dan memantau perkhidmatan sokongan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran

       *** Walau bagaimanapun BSTP masih dalam melaksanakan fungsi lama dalam tempoh pengstrukturan JPN/BTPN/PPD

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

  1. Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan baharu, bermula.
  2. Peningkatan 2% sekolah mencapai tahap bestari 5 bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS) dalam tempoh setahun.
  3. Purata murid membaca 40 buah buku bacaan tambahan termasuk minimum tiga (3) buah buku dalam bahasa Melayu dan tiga (3) buah buku dalam bahasa Inggeris setahun.
  4. Aduan dan maklum balas pelanggan diselesaikan mengikut hari atau jangkamasa yang ditetapkan iaitu samada 1/3/7 hari (mengikut tahap kritikal/keutamaan sesuatu aduan).

STRUKTUR ORGANISASI

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, 
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pesiaran Bukit Kiara, 
50604 Kuala Lumpur.
http://btp.moe.gov.my 03 – 2081 7777 03 - 2081 7788 btp
  • Hits: 2327

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 17 Jun 2019, 00:32.