logo.rasmi.bm

Bahagian Khidmat Pengurusan

KETUA JABATAN

kj khidmat pengurusan.jpg


Nama :

Noor Azman Bin Muhammad Noor
 

LATAR BELAKANG

VISI

Menyediakan khidmat pengurusan yang berkualiti dalam mendokong sistem penyampaian perkhidmatan KPM.

MISI

Peneraju kecemerlangan tadbir urus yang berkualiti dan berinovasi bagi Kementerian Pendidikan Malaysia

OBJEKTIF

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran dan perkhidmatan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi
  • Merancang, menyelaras dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan, Penyediaan Outcome Based Budgeting (OBB) serta kawalan peruntukan Dasar Sedia Ada (DSA) ABM Tahunan.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan pengurusan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
  • Merancang, mengurus dan melaksana Sistem Pengurusan Kualiti dan Inovasi di Kementerian melalui Pengurusan Penarafan Sistem Star Rating, Standard Piawaian MS ISO, Pencapaian Piagam Pelanggan, Pembudayaan Inovasi dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
  • Merancang, mengurus dan melaksana program utama Kementerian dan khidmat nasihat protokol.
  • Merancang, menyelaras dan mengurus sistem pengurusan rekod secara sistematik dan sempurna di Kementerian dan agensinya.
  • Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan dan keselamatan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, elektrikal, mekanikal, keselamatan fizikal dan pengurusan lalulintas di Kompleks E, KPM.

FUNGSI

PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN

  • Pengurusan hal ehwal pentadbiran bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan KPM.
  • Pengurusan hal ehwal perkhidmatan bagi pegawai-pegawai di Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit bawah Pengurusan Tertinggi dan BKP
  • Pengurusan Kenderaan Fleet Kementerian (SPANCO).

KEWANGAN

  • Merancang, menyelaras, menyelia dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan, Penyediaan Outcome Based Budgeting (OBB) serta kawalan peruntukan Dasar Sedia Ada (DSA) ABM Tahunan,
  • Merancang dan melaksanakan pengurusan akaun Bahagian dan Unit-unit di bawah Pengurusan BKP bagi 3 aktiviti utama (Pengurusan Tertinggi, Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat- bagi Bahagian Pusat Tanggungjawab (PTJ) 140201 dan Sistem Perancangan dan Kawalan Perbelanjaan (eSPKB).
  • Mengurus dan mengakaunkan terimaan dan hasil serta menyediakan Penyata Pemungut di peringkat Bahagian.
  • Menyelaras, menyedia dan mengemukakan jawapan / maklumbalas pertanyaan / teguran Jabatan Audit Negara / Bahagian Audit Dalam / naziran serta laporan secara berkala kepada Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

PENGURUSAN KUALITI

  • Merancang, menyelaras dan menguruskan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan bahagian.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan aset bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan bahagian.

PENGURUSAN INOVASI

  1. Pengurusan Program Kesedaran dan Pembudayaan Inovasi.
  2. Pengurusan Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Kementerian, Kebangsaan dan Antarabangsa.

PENGURUSAN MAJLIS

  • Merancang, mengurus dan melaksana program utama Kementerian dan khidmat nasihat protokol.
  • Menguruskan pasukan protokol Kementerian.

PENGURUSAN REKOD

  • Membangunkan klasifikasi fail berdasarkan klasifikasi fail Arkib Negara.
  • Melaksanakan sistem pengurusan rekod elektronik secara berpusat di Kementerian (DDMS).
  • Menguruskan Registri Berpusat Kementerian.
  • Melaksanakan program kesedaran pengurusan rekod melalui khidmat nasihat, kursus dan taklimat.
  • Menyelaras pelantikan pegawai pengelas, pendaftar rahsia, pegawai keselamatan berjadual dan pegawai/pembantu tadbir rekod jabatan
  • Melaksanakan inspektorat pengurusan rekod bagi mematuhi perundangan dan peraturan pengurusan rekod melalui Tim Inspektorat Pengurusan Rekod
  • Mengurus dan memastikan pelupusan rekod dilaksanakan secara sistematik di Kementerian.
  • Menguruskan dokumen terperingkat mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Arahan Keselamatan

KESELAMATAN DAN PENYELENGGARAAN

  • Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan dan keselamatan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, elektrikal, mekanikal, keselamatan fizikal dan pengurusan lalu lintas di Kompleks E, KPM
  • Merancang, mengurus ruang pejabat melalui Jawatankuasa Pengurusan Ruang Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Merancang, mengurus dan menyelia penggunaan kemudahan gunasama Kementerian.
  • Memantau penyelesaian aduan oleh kontraktor penyelenggaraan lantikan JKR.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Bahagian Khidmat Pengurusan Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berjanji Akan :

  • Memastikan pengemaskinian Buku Perkhidmatan Kerajaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima surat bagi urusan pertukaran keluar pegawai.
  • Memastikan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima bil dan dokumen yang lengkap.
  • Melaksanakan program/ bengkel penilaian Sistem Star Rating KPM 2 kali setahun.
  • Menganjurkan Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK), Anugerah Inovasi dan Hari Inovasi Peringkat KPM sekali setahun.
  • Menganjurkan bengkel program kesedaran kualiti dan inovasi seperti MS ISO, EKSA dan Audit ISO sebanyak 2 kali setahun.
  • Memastikan pelaksanaan Inspektorat Pengurusan Rekod KPM sekali setahun.
  • Melaksanakan Program Kesedaran Pengurusan Rekod KPM 2 kali setahun.
  • Menguruskan permohonan Kad Akses bagi semua anggota yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh 7 hari bekerja setelah menerima borang lengkap dari pemohon.
  • Memastikan aduan kerosakan mekanikal, elektrikal, kerja kejuruteraan awam dan pembersihan di Kompleks E, KPM diberi akuan terima oleh kontraktor dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.
  • Mengurus dan menyelaras kemudahan Dewan Serbaguna, bilik-bilik mesyuarat, bilik perbincangan dan ruang sidang media serta bilik jamuan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tempoh tempahan diterima.

STRUKTUR ORGANISASI

HUBUNGI 

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6, Blok E8, 
Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya.
03-8884 6165 / 6163 03-8889 5235 / 03-8884 6098 bkp
  • Hits: 2050

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 19 Jun 2019, 20:50.