logo.rasmi.bm

Bahagian Audit

KETUA JABATAN

kj audit.jpg


Nama :

Puan Nor Azian binti Nordin 

LATAR BELAKANG

Bahagian Audit, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diwujudkan pada tahun 1982 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979. Peranan dan tanggungjawab Bahagian Audit Dalam ini diperkemas dan dimantapkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 3.1/2013. Pekeliling ini juga memberi penjelasan mengenai peranan dan tanggungjawab Unit Audit selain peranan dan tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan Persekutuan atau Setiausaha Kerajan Negeri dan Perbendaharaan Malaysia.

Selain itu, Bahagian Audit juga melaksanakan pengauditan seperti berikut:

  • Menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan di Pusat Tanggungjawab secara pusingan
  • Menjalankan Pengauditan Prestasi, Pengauditan Perolehan, dan Pengauditan ICT terhadap program/aktiviti Kementerian yang mempunyai impak Kepada kepentingan awam serta berperuntukan besar.

Bahagian Audit juga menyedia, menetap, menyelaras, dan membantu semua pegawai untuk mendapatkan latihan yang mencukupi bagi memastikan pegawai Bahagian Audit sentiasa kompeten dalam melaksanakan tugas serta menetapkan senarai tugas setiap pegawai selaras dengan 1Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1/2013.

VISI

Menjadi pemacu kecemerlangan pengurusan kewangan dan meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia

MISI

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan mengemukakan Laporan/ Pemerhatian Audit yang objektif kepada Ketua Setiausaha ke arah meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia

OBJEKTIF

Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

FUNGSI

Bahagian Audit merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

Di samping itu, Bahagian Audit juga berperanan membantu Kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus. Berikut adalah beberapa lagi fungsi-fungsi utama Bahagian Audit Dalam:

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
  • Mengkaji aktiviti organisasi supaya diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi supaya dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewenggan.
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  • Melaporkan kepada Setiausaha Kementerian hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan.
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit untuk kelulusan Setiausaha Kementerian.
  • Membentangkan Laporan Audit di Mesyuarat Jawatankuasa Audit.

PIAGAM PELANGGAN

Kami anggota Bahagian Audit dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  • Meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di Bahagian / Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Menjalankan pengauditan secara profesional dengan berpandukan kepada standard pengauditan yang diterima umum.
  • Menyediakan Laporan / Pemerhatian Audit yang bebas dan objektif.
  • Menyiapkan Laporan / Pemerhatian Audit dalam tempoh satu ( 1 ) bulan selepas tarikh pengauditan.
  • Mengeluarkan Laporan Tahunan 3 bulan selepas berakhir tahun kewangan.

STRUKTUR ORGANISASI

Struktur BAD Sept 2018

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Audit,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 4, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
03-88845430 03-88845431 [emel]
  • Hits: 1344

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Jun 2019, 17:29.