logo.rasmi.bm

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

KETUA JABATAN

Pengarah JPN Sabah 2

Nama : 

Puan Mistirine binti Radin
 

LATAR BELAKANG

Negeri Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi. Keluasan tersebut hampir menyamai 9 buah negeri termasuk dua buah Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia yang berkeluasan keseluruhan 73,711 km persegi. Dengan kedudukan geografinya yang luas, berbukit bukau, berpulau dan bersungai, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan dalam usahanya untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid di negeri ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah merupakan organisasi perkhidmatan pengurusan pendidikan. Perkhidmatan pengurusan pendidikan berkenaan dilaksanakan oleh sepuluh (10) Sektor dan dua puluh empat (24) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Di samping itu, tiga (3) bahagian yang lain yang berkaitan, iaitu Bahagian Audit Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri.

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

FUNGSI

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

PENGURUSAN PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN

  • Pengurusan Aduan, Laporan Tahunan, jawapan untuk soalan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, Pengurusan murid bukan warganegara, cuti, kajian pekeliling.
  • Pengurusan Pendaftaran Sekolah, lawatan, LPS, Permit Guru.
  • Pengurusan kutipan dana, PIBG, penggunaan premis, orang kenamaan, promosi.

PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN PRASEKOLAH

  • Pengurusan Guru dan Murid
  • Pengurusan Kokurikulum dan Bantuan Pelajar
  • Pengurusan Data & ABM

PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH

  • Pengurusan Guru
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Data & ABM
  • Pengurusan Tingkatan 6
  • Pengurusan Projek Khas/SBP/Kluster
  • Pengurusan Teknik & Vokasional

PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH

  • Pengurusan Guru
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Data & ABM
  • Pengurusan Projek Khas/SBP/Kluster
  • Pengurusan SJKC

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK 

  • Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti PdP di sekolah-sekolah.
  • Membimbing dan memberi panduan kepada guru-guru berkaitan urusan PdP.
  • Urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di peringkat negeri.
  • Merancang dan melaksanakan projek / program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah.
  • Merancang dan meyelaras strategi pelaksanaan semua mata pelajaran KBSR dan KBSM.
  • Merancang pelaksanaan program latih tubi untuk kelas-kelas peperiksaan peringkat Negeri.
  • Mengerak program bersepadu guru-guru Cemerlang bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik Negeri.

SEKTOR PENILAI DAN PEPERIKSAAN

  • Mengurus dan mengendalikan pelaksanaan peperiksaan awam dan luar negara oleh Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia dan Universiti Luar Negara.
  • Mengurus dan mengendalikan pengedaran / penyimpanan bahan SULIT peperiksaan dengan selamat termasuk bahan bertulis dan amali semua peringkat .
  • Memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, penilaian dan peperiksaan (UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM & MUET) dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan serta dapat menjamin Kualiti.
  • Pelaksanaan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan dan Akaun.

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

Pengurusan Sumber

  • Memastikan penempatan dan pertukaran GPI lancar dan memenuhi keperluan sekolah.
  • Memastikan maklumat guru, murid dan kelas dikumpul, dikemaskini dan dikeluarkan secara cepat dan sistematik selari dengan EMIS.
  • Memastikan SMKA, KAA dan SAR sentiasa mencapai pembangunan fizikal dan sumber manusia yang mencukupi
  • Memastikan kewangan diurus dengan kemaskini.

Kepimpinan dan Kerohanian

  • Merancang dan menyelaras aktiviti dakwah kearah kecemerlangan melalui penyampaian risalah islam dan pembangunan potensi guru, pelajar dan ibubapa dalam memenuhi aspirasi Negara.

Kurikulum

  • Memastikan Kurikulum Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan Islam & Elektif dan J-QAF dipantau supaya memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan.
  • Melibatkan GPI dan GA dan j-QAF dalam kursus-kursus kurikulum dan kemahiran P&P
  • Memastikan keputusan matapelajaran PI, BA dan Elektif di peringkat PMR, SPM dan STPM menyaingi peringkat Kebangsaan.

SEKTOR JAMINAN KUALITI

  • Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam dan lain-lain pekeliling perkhidmatan yang ditetapkan.
  • Merancang, menyelaras, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia.
  • Menyelaras pengumpulan penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi.
  • Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat organisasi (KPM/JPN dan PPD).
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan audit dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi.
  • Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan jabatan dan semua mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat kementerian yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan.
  • Memberikan khidmat latihan, bimbingan dan pemantauan kepada pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah.

SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Swasta

  • Pengurusan perkhidmatan pendidikan swasta
  • Perancangan, penyelidikan dan perkembangan pendidikan swasta
  • Penguatkuasaan dan pemantauan pendidikan swasta
  • Pengurusan data dan maklumat institusi Pendidikan Swasta

Pendidikan Khas

  • Merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah
  • Merancang dan menyelaras semua Program Pendidikan Integrasi (percantuman)
  • Merancang, menyelaras dan menilai dasar-dasar dan peraturan-peraturan dari segi peluang, pendidikan yang seimbang,khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas
  • Merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas
  • Menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf
  • Menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

  • Bertanggungjawab kepada pengurusan dan program yang berkaitan dengan pengurusan Hal Ehwal Murid (Asrama, Disiplin, Biasiswa dan Kebajikan)
  • Bertanggungjawab kepada pengurusan dan program yang berkaitan dengan kesihatan murid yang meliputi pengurusan/ program seperti berikut:

-   Jabatan kesihatan Negeri, Kementerian Hal Ehwal Masyarakat dan

-   Pengguna Negeri Sabah, Jabatan Kerajaan dan NGO

-   Rancangan makanan tambahan

  • Bertanggungjawab kepada program yang berkaitan dengan Bimbingan dan Kaunseling

(Program Murid dan Penempatan Guru Kaunseling).

  • Bertanggungjawab terhadap aktiviti luar murid.
  • Bertanggungjawab terhadap semua perkara berkaitan dengan Skim Pinjaman Buku Teks.
  • Bertanggungjawab terhadap semua aktiviti dan program berkaitan dengan sukan.
  • Bertanggungjawab terhadap semua aktiviti kokurikulum seperti Kelab dan Persatuan, Pasukan Pakaian Seragam, Aktiviti Sokongan Bahasa dan Penggalakan Sains dan Matematik.
  • Bertanggungjawab terhadap semua aktiviti berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah.

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT

  • Mengurus,menyelaras dan memantau penyenggaraan, perkakasan dan perisian ICT di Jabatan.
  • Mengurus, menyelaras dan memantau program ICT Kementerian di peringkat JPN/PPD/Sekolah.
  • Mengurus kutipan, memantau, mengumpul, menyimpan, menganalisis dan menjaga integriti data dan maklumat di peringkat Jabatan.
  • Mengurus, menyenggara dan menjadi urus setia Laman Web Jabatan Pelajaran Negeri.

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

  • Memberikan khidmat kaunseling kepada pengawai/kakitangan pendidikan negeri.
  • Merancang/Melaksanakan kursus berkaitan perkhidmatan kaunseling.
  • Mengumpul data dan menganalisa pegawai/kakitangan yang menerima Khidmat Kaunseling.
  • Memantau perkhidmatan kaunselor pentadbir.

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

Latihan

  • Mengurus pelaksanaan kursus Induksi SSM.
  • Mengurus permohonan cuti belajar dan biasiswa.
  • Menguru penempatan semula.
  • Mengurus pemilihan calon untuk mengikuti kursus-kursus.

Kemudahan  dan Saraan

  • Mengurus perakuan permohonan cuti ke KPM.
  • Mengurus urusan menyemakan gaji dan pelarasan gaji ke KPM dan SPP.
  • Mengurus urusan permohonan rawatan hemodialisis dan suntikan serta kelulusan rawatan serta perubatan ke KPM.
  • Mengurus persaraan / pencen.
  • Mengurus urusan permohonan pembayaran ganjaran pegawai kontrak.
  • Mengurus perakuan dan pembayaran elaun-elaun.

Kewangan

  • Mengurus Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) bajet kewangan.
  • Mengurus waran peruntukan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  • Mengurus seliaan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Ketua-Ketua Aktiviti, Ibu Pejabat dan Negeri.
  • Mengurus Waran Perjalanan Udara.
  • Mengurus kemudahan Pakej Kursus dan Penyelaras Teguran Audit.
  • Mengurus stor utama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Akuan

  • Pengurusan Pemantauan Tatacara Pengurusan Kewangan.
  • Mengurus pembayaran Emolumen untuk semua sektor di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah , Gaji POOL (Pegawai di bawah Latihan), guru cuti belajar Separuh Gaji/Bergaji Penuh.
  • Mengurus pewujudan dan pengemaskinian maklumat penerima bayaran perseorangan /individu, semakan pembayaran pelbagai.
  • Mengurus Panjar Wang Runcit dan Akaun Pukal.
  • Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan bagi Ibu Pejabat JPN Sabah.
  • Menyediakan Laporan Kelewatan Bil, Laporan Akaun Belum Terima, Laporan Penyata Penyesuaian Vot Mengurus dan Laporan Penyesuaian Akuan Hasil/ Amanah.
  • Menyediakan Anggaran Hasil Persekutuan.
  • Menyediakan Baucar Jurnal Bagi PTJ dan Antara PTJ dalam Pejabat Perakaunan yang sama.

Perolehan

  • Mengurus pelantikan Jawatankuasa Perolehan dan perakuan lantikan Jawatankuasa Perolehan peringkat daerah dan sekolah.
  • Pengurusan Perolehan melalui proses sebutharga dan proses Tender.
  • Mengurus kontrak bekalan, perkhidmatan dan kerja.
  • Mengurus perolehan bekalan perabot dan peralatan.

Aset

  • Mengurus pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa dan Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Alih Kerajaan.
  • Mengurus Pendaftaran, Pemeriksaan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih Kerajaan.

Penilaian dan Kompetensi

  • Mengurus pelaksanaan penilaian kompetensi.
  • Mengurus pelaksanaan penilaian AM Kerajaan.
  • Mengurus pelantikan ketua-ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan.

Pentadbiran

  • Mengurus permohonan pas kerja permohonan pegawai ke luar negara.
  • Mengurus permohonan dan penyelenggaraan kenderaan.
  • Mengurus permohonan menduduki KIPS.
  • Mengurus perkhidmatan kaunter Utama Jabatan.
  • Mengurus kebenaran latihan industri/ praktikal.

Perkhidmatan

  • Mengurus Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan Fail Peribadi (Personel) JPN Sabah.
  • Mengurus urusan pengesahan dalam perkhidmatan, perlanjutan tempoh percubaan dan pemberian taraf berpencen.
  • Mengurus Jawatan Kumpulan (Pool).
  • Menguruskan pemantauan BPK di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah Menengah.

Perjawatan

  • Mengurus Penempatan PPPS Gred DG54- DG44, Anggota Kakitangan Sokongan (AKS) dan Pemangkuan PPPLD Gred34 dan ke jawatan Hakiki DG32.
  • Mengurus Pertukaran Setara PPPS Gred DG54-DG44 dan DG41 (di pejabat sahaja) dan PPPLD Gred DG34 dan DG32).
  • Pengurusan pertukaran antara negeri PPPS Gred DG54-DG44 dan PPLD Gred DG34/DG32.
  • Mengurus permohonan baru dan perlanjutan kontrak bagi jawatan PRA(R1), Jaga, PPM sambilan, guru-guru kontrak bersara wajib dan guru-guru kontrak agama.
  • Mengurus pelantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Rendah/ Menengah dan Guru Pemulihan Khas Sekolah.
  • Mengurus Anggaran Belanja Mengurus (ABM) perjawatan.

Naik Pangkat

  • Mengurus kenaikan pangkat secara pemangkuan dan pangkat secara “Time Based’.
  • Mengurus pengesahan kenaikan pangkat dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
  • Mengurus pergerakan Gaji Biasa dan Anjakan Gaji.
  • Mengurus Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Tatatertib dan Keutuhan

  • Memproses urusan tindakan tatatertib.
  • Memproses kes yang dilaporkan terlibat dalam prosiding Mahkamah (Jenayah).
  • Memproses borang pengisytiharan harta pegawai.
  • Memproses permohonan bergiat aktif dalam politik, kelulusan pemberian hadiah dan pekerjaan luar.
  • Mengurus keutuhan da integriti Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Pembangunan

  • Mengurus permohonan pemberi milikan Tanah Kerajaan.
  • Mengurus pengambilan Tanah Persendirian / Hak Milik.
  • Mengurus perancangan projek.
  • Mengurus pemantauan projek.
  • Mengurus penyelenggaraan dan naik taraf.
  • Mengurus Laporan dan Data Projek (SPPII).

HRMIS

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan aplikasi HRMIS.
  • Mengurus, memberi taklimat dan bengkel aplikasi HRMIS kepada pengguna dan membangunkan kepakaran HRMIS di agensi.
  • Mengurus Meja Bantuan (Helpdesk) HRMIS.
  • Menjadi urus setia kepada jawatankuasa pelaksanaan HRMIS dan pasukan teras

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

  1. Semua murid mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan setiap tahun.
  2. Semua murid mendapat pendidikan berdasarkan Kurikulum Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Semua murid terlibat dalam pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan dan aktiviti kokurikulum
  4. Semua murid menerima perkhidmatan berkaitan kebajikan, keselamatan dan kesihatan berdasarkan prosedur yang berkuatkuasa.
  5. Penempatan guru baharu dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bekalan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Semua permohonan pertukaran guru diproses dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh tutup.
  7. Semua warga pendidikan mendapat latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
  8. Perkhidmatan kaunseling diberikan kepada warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam tempoh 7 hari bekerja bagi kes baharu selepas permohonan diterima dan tertakluk kepada persetujuan klien.
  9. Semua peperiksaan awam dilaksanakan mengikut Prosedur Standard Operasi peperiksaan yang sedang berkuatkuasa.
  10. Penataran kurikulum terkini dan bimbingan berterusan dilaksanakan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
  11. Program bimbingan peningkatan band sekolah dilaksanakan secara berterusan.
  12. Semua urusan perkhidmatan berikut diperaku dalam tempoh 15 hari bekerja mulai tarikh permohonan diterima:
    • Pengesahan dalam perkhidmatan
    • Pemberian taraf berpencen
    • Kenaikan pangkat
    • Persaraan
  13. Mengurus pengisian perjawatan berikut dalam tempoh 14 hari setelah menerima kelulusan:
    • Kementerian Pendidikan Malaysia bagi jawatan PGB, Penolong Kanan dan AKP
    • Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi jawatan Penolong Kanan (SR) dan Ketua Bidang (SM)
  14. Semua aduan awam diproses dalam tempoh 15 hari bekerja.
  15. Semua bil tuntutan yang lengkap akan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan diterima.
  16. Data operasi sekolah, guru, murid dan anggota kumpulan pelaksana disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja mulai tarikh permohonan diterima. 
  17. Pembudayaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 di Ibu Pejabat dan PPD.

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punat Tanah, Taman Likas
88450 Kota Kinabalu, Sabah
http://jpnsabah.moe.gov.my 088-537010 088234828 jpnsabah[@]moe.gov.my
  • Hits: 1046

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 17 Jun 2019, 00:32.