logo.rasmi.bm

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

KETUA JABATAN

Passport Dr Tajuddin

Nama : 

YBhg. Dato' Dr. Haji Tajuddin Bin Mohd Yunus
 

LATAR BELAKANG

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) adalah jabatan yang menguruskan perkara yang berkaitan pendidikan di seluruh Negeri Pahang. JPNP kini terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan telah wujud sejak tahun 1913. Sebelum ini, JPNP terletak di bangunan Wisma Sri Pahang, Kuantan dan kemudiannya dipindahkan ke Alor Akar pada tahun 1983 sehingga awal tahun 2006. Pada bulan Mac 2006, JPNP telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Bilangan kakitangan di jabatan ini seramai 406 orang yang terdiri dari guru dan bukan guru. 

JPN Pahang digerakkan oleh sepuluh (10) sektor seperti berikut:

  • Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan
  • Sektor Pengurusan Akademik
  • Sektor Pengurusan Sekolah
  • Sektor Pendidikan Islam Dan Moral
  • Sektor Pembangunan Kemanusiaan
  • Sektor Penilaian Dan Peperiksaan
  • Sektor Pendidikan Swasta Dan Khas
  • Sektor Jaminan Kualiti
  • Sektor Pengurusan Maklumat Dan ICT
  • Sektor Psikologi Dan Kaunseling

VISI

 Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

OBJEKTIF

  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
  • Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  • Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua mata pelajaran
  • Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan warga pendidikan
  • Mengembangkan potensi individu melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan
  • Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah ke arah kecemerlangan
  • Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan
  • Menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan
  • Membina perhubungan dan permaufakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi-agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan:

  • Semua tuntutan bayaran bil dan lain-lain yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima, dan sebarang aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklum balas pelanggan diterima.
  • Proses pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA), dan Sekolah Agama dan Bantuan Kerajaan(SABK) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap,
  • Kanak-kanak mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan
  • Semua murid disediakan dengan kemudahan 1 kerusi, 1 meja dan set buku teks pada hari pertama sesi persekolahan
  • Proses penempatan murid Tahun 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1, dan Tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan / pendaftaran.
  • Urusan Rayuan Bersekolah Semula murid dapat diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap,
  • Urusan Pendaftaran Murid Bukan Warganegara dapat diselesaikan dalam tempoh (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap,
  • Pendaftaran calon peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan diuruskan dalam tempoh 30 hari         
  • Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima,
  • Proses pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan
  • Proses penempatan Anggota Kumpulan Pelaksana(AKP) diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
  • Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola, dan pekerja institusi pendidikan swasta yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap,
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.

STRUKTUR ORGANISASI

CARTAORGANISASIJPN2APRIL2019

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
609-5715700 609-5734857 jpn.pahang
  • Hits: 1330

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 19 Jun 2019, 20:50.