logo.rasmi.bi

Biasiswa Bagi Pelajar Palestin Untuk Ikuti Pengajian Di Malaysia

There is no translation available.

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebudayaah Palestin Malaysia (PCOM) sempena 9th Annual Grand Iftar with Palestinian Community in Malaysia telah mengadakan majlis penyerahan biasiswa kepada pelajar-pelajar Palestin. Majlis berlangsung di Dewan Seri Endon, Putrajaya hari ini.

Biasiswa disampaikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata biasiswa diberikan untuk mereka meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD di 12 universiti ternama di Malaysia. Biasiswa yang bernilai RM11.48 juta itu ditawarkan menerusi PCOM.

Penyediaan biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Sebanyak 12 buah universiti tampil menaja biasiswa pelajar-pelajar Palestin untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti di Malaysia.

Pusat pengajian yang menaja biasiswa adalah Al-Bukhary International University, Management & Science University, MAHSA University, Kolej Universiti Islam Perlis, City University, Multimedia University, UCSI University, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Sunway University, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Utara Malaysia.

Hadir sama pada majlis hari ini YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM; YBhg. Prof Dr. Rahmah Ahmad H. Osman, Pengarah Bahagian Education Malaysia (BEM); Encik Muslim Imran, Pengerusi PCOM dan YB Dato' Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah PCOM, merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

 
 
 
(UKK  22 Mei 2019)
  • Hits: 1150

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map