logo.rasmi.bi

"Malaysia Book of Records” Murid Teramai Membersih Tangan Secara Serentak Dengan Hand Sanitizer Kempen Mencegah HFMD

There is no translation available.

Seramai 450,000 murid sekolah rendah tahun satu 2019 dari seluruh sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyertai "Malaysia Book of Records” Murid Teramai Membersih Tangan Secara Serentak Dengan Hand Sanitizer Kempen Mencegah HFMD.

Majlis yang bersejarah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching di SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur pagi tadi.

Merupakan kesinambungan kepada acara yang telah dilancarkan pada tahun lepas iaitu Kempen Pencegahan HFMD di sekolah -sekolah, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa serta guru-guru tentang bahaya penyakit HFMD.

Dalam ucapannya, YB Puan Teo memaklumkan kempen tersebut juga bertujuan untuk mengajar murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan.

"Sehingga tempoh 13 April 2019, seramai 1,410 orang murid daripada 19 buah sekolah telah dijangkiti penyakit HFMD," kata beliau.

"Dalam tempoh tersebut, lapan kelas telah diarahkan supaya ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana penularan penyakit HFMD," tambah beliau.

Selain di SK Taman Tun Dr. Ismail 1, tetamu kehormat turut dapat menyaksikan program yang sama melalui Siaran Facebook live di empat buah sekolah lain iaitu SK Bukit Gelugor Pulau Pinang, SK Bunut Rendang Pahang, SK Seri Gaya Sarawak dan SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Melaka.

 
 
 
 
(UKK 30 April 2019)
  • Hits: 875

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map