logo.rasmi.bi

Malaysia Merangkul Juara Keseluruhan Dalam Pertandingan International Festivals "Abanico" Sofia

There is no translation available.

Infografik ABANICO 1Apr2019 01s
 
Kontinjen Malaysia telah muncul Juara Keseluruhan dalam International Festival Competition “Abanico” Sofia, Bulgaria. Pertandingan ini berlangsung dari 26 Mac hingga 3 April 2019 di bawah penganjuran European Association of Folklore Festivals (EAFF), NGO Partner of UNESCO dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Sepanyol dan Municipality of Sofia, Bulgaria. 
 
Malaysia telah menghantar seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dari Selangor (SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara, SMK Puncak Jalil, SMK Bukit Jelutong, SK (P) Methodist Klang, SMK Taman Putra Perdana, SMK Tengku Ampuan Jemaah Klang, SMK Cyberjaya dan SMK Seksyen 16 Shah Alam), Kuala Lumpur (SMK Bukit Bandaraya), Melaka (Kolej Yayasan Saad), Negeri Sembilan (Kolej Tunku Kurshiah), Perak (MRSM Felda Perak), Putrajaya (SK Putrajaya Presint 5 (1), SK Putrajaya Presint 8 (1)) serta pelajar Management and Science University, Shah Alam  dan Limkokwing University, Cyberjaya.
 
Termasuk Malaysia pertandingan ini disertai oleh Bulgaria, Romania, Poland, Ukraine, Sepanyol, Kosovo, Siberia, Macedonia, Greece, Itali, Turki, Crotia dan Eslovenia. Jumlah keseluruhan peserta seramai 400 orang yang menyertai pelbagai bidang yang dipertandingkan seperti nyanyian, tarian dan muzik.  
 
TAHNIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG DARI MALAYSIA:
 
1.  Kategori umur 9-12 tahun (Tarian Inang Renek) :  Tempat Ketiga
 
• Khalidah Arinah Shazwan (SK (P) Methodist Klang Selangor)
• Nur Adriana Ripin(SK (P) Methodist Klang Selangor)
• Rania Syuhara Mohd Salleh (SK Putrajaya Presint 8(1)
• Putri Nur Natasha Nor Arzaley (SK Putrajaya Presint 8 (1)
• Zahirah Abdullah (SK Putrajaya Presint 5(1)
    
2.  Kategori umur 13-15 tahun (Tarian Sewang) :Grand Prix (Juara-Pemenang   Utama) dan Persembahan Terbaik
 
• Danish Mohamad Darus (SMK Bukit Jelutong, Selangor)
• Ahmad Faishal Hadif Dyan Fariza (SMK Puncak Jalil Selangor) 
• Nabeela Hanim Mujib Ahmad (SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara, Selangor)
• Fareisha Hanna Mohd Fauzi (SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara,  Selangor)
• Aina Safiyah Azman( Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan)
• Farah Farzana Rafiezul (SMK Tengku Ampuan Jemaah Klang Selangor)
 
3. Kategori umur 16-18 tahun (Tarian Gamelan Kontemporari) : Tempat Kedua dan Persembahan Terbaik
 
• Nik Nur Nasuha Nik Ahmad (SMK Cyberjaya, Selangor)
• Putri Adrieana Nadhiera Suhaizam(SMK Taman Putra Perdana, Selangor)
• EdzMyra E-Man Mohamad Edzuan (SMK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur)
• Amirah Aqilah Iman Azman (Kolej Yayasan Saad, Melaka )
• Restu Annisa Amir (MRSM Felda Trolak, Perak)-Fairuza Husna bt Mohd Fauzi (Management and Science University)
 
4. Nyanyian Solo - Tempat Pertama & Jemputan Khas ke Festival Itali
 
• Mohamad Khamidon Sadi (Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam, Selangor)
 
5. Kategori Duo (Limkokwing University) 19-21 tahun: (Tarian Makan Bajamba):
    Grand Prix (Juara-Pemenang Utama) dan Persembahan Terbaik
 
• Asmaie Syahmi Amir Sham
• Aida Syakira Amir Sham
 
Kontinjen Malaysia telah diketuai oleh Puan Siti Dewi Marsitah Ismail (JPN Selangor) 
Pengurus Pasukan : Puan Sanoyah Yusof (BPSH) dan Jurulatih : Mohd Riza Feelaqiz Shauri (SK Pulau Meranti, Selangor)
 
 
 
(UKK 8 April 2019)
  • Hits: 795

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map