logo.rasmi.bi

Kaji Selidik Untuk Mendapatkan Maklumat Bagi Penyediaan Kertas Cadangan Penggabungan Skim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Dan Skim Pembantu Tadbir (Kewangan) Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 

Semua Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan)/ Pembantu Tadbir (Kewangan) 

Kementerian Pendidikan Malaysia 

Tuan/Puan,

KAJI SELIDIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAGI PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENGGABUNGAN SKIM PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) DAN SKIM PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung [KEPTAN] sedang menyediakan dua (2) Kertas Cadangan untuk dibentangkan melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pekerja-Pekerja Am dan Kumpulan Pelaksana (MBK Am/Pelaksana) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bil. 1 Tahun 2019 dalam masa terdekat.
  1. Kertas pertama berkaitan cadangan Penggabungan Skim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19/22/26/28 dan Skim Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19/22/26 yang berkhidmat di bahagian, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), Institut Pendidikan guru (IPG), kolej, sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Manakala kertas kedua berkaitan cadangan Menaiktaraf Skim Pembantu Tadbir kepada Skim Bersepadu.
  1. Sehubungan dengan itu, dimohon jasa baik semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan)/ Pembantu Tadbir (Kewangan) memberi maklum balas selewat-lewatnya pada 28 Februari 2019.Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sila klik pautan http://bit.ly/maklumbalaspenggabunganskimpt

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

“SAYANGI MALAYSIAKU”

“KEPTAN MAJU JAYA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD SABRI BIN ZAKARIA)

Setiausaha Agung

KEPTAN Semenanjung Malaysia

Alamat Ibu Pejabat: 

KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA

No. 21-4-1 & 21-4-2, Jalan Semarak Api 2 (Jalan 3/50)

Blok E, Diamond Square

53300 KUALA LUMPUR

Tel:   03-40227031

Faks: 03-40227032 

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Hits: 1041

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map