logo.rasmi.bi

Lonjakan Ketiga

There is no translation available.

LONJAKAN KETIGA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025 (PENDIDIKAN TINGGI)

lonjakan ketiga

MENGHAYATI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

 Kepentingan

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH mampu mengembeleng potensi individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat.

Matlamat

PSH akan menjadi cara hidup seluruh warga Malaysia. Program PSH akan ditingkatkan supaya menjadi lebih berkualiti, samada formal mahupun tidak formal, dalam pelbagai bidang dan laluan untuk pembangunan profesional dan individu. Pelajar PSH merangkumi warga setiap organisasi dan satu mekanisme formal akan dibentuk bagi mengiktiraf pengalaman dan pendidikan terdahulu. Setiap individu akan mendapat akses tanpa mengira tahap pendapatan ataupun latar belakang.

Kaedah

Untuk mencapai keberhasilan ini, maka Kementerian akan meningkatkan kesedaran awam tentang manfaat PSH, menambah baik kualiti program sedia ada dan memperkenalkan lebih banyak program inovatif untuk menjadikan PSH lebih menarik. Inisiatif utama dalam Lonjakan ini termasuklah

  • Mewujudkan rangka kerja pengiktirafan pendidikan terdahulu, termasuklah menyediakan laluan yang jelas untuk kemasukan semula dalam sistem pendidikan, mewujudkan sistem kredit kebangsaan bagi pengumpulan kredit bermodul dan menetapkan kriteria yang jelas untuk pengiktirafan pengalaman terdahulu;
  • Melancarkan program kerjasama PSH (contohnya, program kesetiaan MyCC, Program 1Keluarga Pelbagai Kemahiran) yang memberi insentif dari segi penyertaan, dan meningkatkan aktiviti pemasaran sedia ada (contohnya, aplikasi telefon pintar) untuk membolehkan maklumat dan program PSH lebih mudah diakses oleh orang ramai; dan
  • Meneruskan sokongan kewangan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan skim insentif pengurangan cukai kepada syarikat, serta bekerjasama dengan institusi kewangan untuk membantu pelaksanaan program dari segi kewangan untuk semua pihak.
  • Hits: 791

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map