logo.rasmi.bi

Education Performance And Delivery Unit

DEPARTMENT HEAD

PADU (153 x 184)

Name :

Puan Khaditijah binti Abdullah
 

BACKGROUND

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan atau Education Performance and Delivery Unit (PADU) ditubuhkan pada tahun 2013. PADU menggabungkan fungsi Pejabat Pelaksanaan Pendidikan (DMO) iaitu unit yang memantau pelaksanaan inisiatif di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) iaitu unit yang membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PADU berperanan untuk memacu pelaksanaan semua inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Kementerian dan di sekolah. PADU memainkan peranan menyokong Bahagian yang melaksanakan inisiatif PPPM manakala kebertanggungjawaban untuk melaksanakan inisiatif merupakan tanggungjawab pegawai kanan di Kementerian.

Pegawai yang ditempatkan di PADU merupakan mereka yang mempunyai bakat terbaik daripada sektor awam dan swasta serta memiliki rekod prestasi yang cemerlang dalam penyelesaian masalah, pelaksanaan, dan jalinan kerjasama.

PADU diterajui oleh seorang ketua yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dalam mencapai hasil besar dan pantas, mempunyai kemahiran mempengaruh dan telah biasa dengan Kementerian atau sekurang-kurangnya dengan perkhidmatan awam.

VISION

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISSION

Menjadi rakan kepada KPM untuk memacu transformasi sistem pendidikan negara

OBJECTIVE

Memacu pelaksanaan dan menjejak kemajuan semua inisiatif di bawah PPPM 2013-2025 untuk memastikan kejayaan transformasi pendidikan negara.

FUNCTION

  • Memastikan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) berjalan lancar.
  • Memacu pelaksanaan dan menjejak kemajuan semua inisiatif di bawah PPPM.
  • Membantu menyelesaikan isu pelaksanaan dan bertindak sebagai badan yang menyokong.
  • Memaklumkan isu dan masalah pelaksanaan kepada pihak Kementerian secara tetap untuk tindakan selanjutnya.
  • Mengurus komunikasi bersama pihak berkepentingan tentang transformasi pendidikan.

CLIENTS CHARTER

Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU) akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan terbaik serta menyokong Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta memastikan kejayaannya.

ORGANISATION STRUCTURE

PADUcarta

** Click image to view bigger version.

CONTACT

Address Phone Number Fax Email (@padu.edu.my)
Education Performance and Delivery Unit
Ministry of Education Malaysia
Level 3, Block E9, Complex E 
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
03 - 8800 9055 03 - 8800 9066 receptionist
  • Hits: 11039

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map