logo.rasmi.bi

Aminuddin Baki Institute

DEPARTMENT HEAD

divisionhead photo 000208

Name : 

YBrs. Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh
 

BACKGROUND

Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejarah penubuhan IAB yang dahulunya adalah dikenali sebagai Malaysian Educational Staff Training Institute (MESTI) pada Mac 1979. Lokasi MESTI pada masa itu bertempat di Bahagian Pendidikan Guru telah berpindah ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada bulan Ogos 1979 sehingga September 1980. Pengurusan MESTI telah diterajui oleh Dr. Chew Tow Yow selaku Pengetua dan Dr. Mohd. Yaacob Haji Mat Nong sebagai Naib Pengetua. Kemudiannya berpindah pula ke Blok 1, Kompleks Pantai Puri, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kampus rasminya di Sri Layang, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada bulan Mac 1985.

MESTI kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN) pada tahun 1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak dengan perpindahan operasinya ke kampus induk pada masa itu di Sri Layang, Genting Highlands. Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) terhadap pembangunan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara Malaysia. Kampus ini terletak di atas tapak seluas 48.6 hektar dan telah mula beroperasi sejak Mei 1985. Perasmian IAB Genting Highlands telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia , Tuanku Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin A-Mu’adzam Shah pada 20 oktober 1988.

Peranan dan tanggungjawab IAB dalam bidang pendidikan terus berkembang sehingga mempunyai beberapa cawangan iaitu Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Pewujudan Kampus Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara mula diilhamkan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan pada 22 November 1989. Pada bulan Februari 1990, IAB Cawangan Utara diarah menggunakan kemudahan Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah sebagai kampus cawangan. Keputusan ini dibuat semasa mesyuarat mengambil alih kampus sementara UUM di Bandar Darul Aman telah diadakan pada Januari 1990 di UUM yang dipengerusikan oleh yang Berbahagia Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman bin Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada masa itu.

Pada bulan Mei 1991, IAB Cawangan Utara beroperasi dan telah melaksanakan program latihan menggunakan tenaga pengajar dari pensyarah-pensyarah kampus Induk. Pada 1.1.1996 IAB Cawangan Utara telah mendapat kelulusan perjawatan baru dan En. Zulkifli bin Bahari telah dilantik sebagai Pengetua pertama. Pada tahun 2005, IAB Cawangan Utara telah diluluskan pertambahan beberapa perjawatan baru dan gelaran jawatan bagi Pengetua kampus telah ditukarkan kepada Pengarah.

Manakala cawangan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak (IABCSWK) mula beroperasi secara pentadbiran di Kampus Universiti Pertanian, Cawangan Bintulu pada tahun 1996 hingga 1998. Pada 27 Disember 2005, IABCS beroperasi secara pentadbiran di Kuching dengan menggunakan dua buah bilik darjah di SK Sungai Maong Hilir. Kini, cawangan ini telah berpindah ke kampus tetap di Jalan Sultan Tengah, Santubong, pada 14 Oktober 2013.

Sebagai sebuah institusi latihan pengurusan dan kepimpinan khusus dalam bidang pendidikan, IAB mempunyai komited dan tanggungjawab besar bagi menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara Malaysia. Pada Februari 2014, Kampus Induk IAB di Sri Layang, Genting Highlands telah berpindah ke kampus induk baharu bertempat di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dengan menjadikan IAB di Kampus Sri Layang sebagai IAB Cawangan Genting Highlands (IABCGH).

Kemudiannya, penubuhan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH) telah bermula apabila bahagian pengurusan IAB Induk membawa dan membentangkan Kertas Cadangan penubuhan IAB Zon Sabah dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil 1/2010. Hasil permuafakatan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah maka premis Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Bukit Padang, Kota Kinabalu telah diperolehi daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Pada 25 Februari 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Sektor Pelajaran (JTPK), yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) KPM telah meluluskan peruntukan untuk pengoperasian IAB Cawangan Sabah menggunakan kabin (kaedah fast-track). Keluasan pembinaan pejabat fast track IAB Cawangan Sabah adalah dianggarkan 7.04 ekar. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching pada 21 Mac 2015 bertempat di tapak Kampus IAB Cawangan Sabah. Majlis penyerahan bangunan fast-track IAB Cawangan Sabah dari JKR kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang disaksikan oleh Pengarah Institut Aminuddin Baki, Hjh Serina binti Sauni telah disempurnakan pada 26 Februari 2016.

Peranan IAB di setiap cawangan kian berkembang merangkumi program-program bersepadu di peringkat institusi, daerah, kebangsaan dan antarabangsa di samping kursus-kursus khas pada peringkat serantau dan antarabangsa. Matlamat IAB ialah untuk membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya.

VISION

Centre of distinction for educational leadership development

MISSION

Building educational leadership for quality organisation

OBJECTIVE

Enhanced and further strengthen the expertise in the field of educational management whilst ensuring a strong national educational foundation that is forthrightly entrenched on the successful implemention and appreciation of universal good values and norms.

FUNCTION

  • Latihan
  • Pentaksiran
  • Konsultasi
  • Penyelidikan
  • Penerbitan
  • Pasukan Pemikir

Goals :

  • Stakeholder dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan teras yang ditawarkan
  • Barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
  • Warga kerja IAB yang sejahtera dan berkompetensi tinggi
  • Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap, berhemat dan memberi pulangan nilai (value for money)

CLIENTS CHARTER

IAB is committed to provide satisfaction to stakeholders and clients based on client charter and will therefore ensure :

  • At least 98% of the training programmesregistered in IAB Training Programme document for the current year are conducted;
  • At least 82% of the course participants are satisfied with IAB Training Programme;
  • At least 82% participants are satisfied with the training sessions by IAB and invited lecturers;
  • Clients are informed about the approval of a course at least four (4) weeks before the course begins;
  • All necessary training facilities and equipmentwork and are ready to be used one (1) day before the course begins
  • At least nine (9) researches and development of information systems are conducted;
  • At least ten publications are produced annually;
  • At least six (6) consultation programmes including think tank service are provided annually;
  • Training need indices and professional development needs of school leaders in each state are generated yearly;
  • At least 80% of the course participants are satisfied with the food and lodging services;
  • Library services are provided on every working day from 8.30 am to 4.45 pm;
  • All IAB staff are given opportunities for trainings at least seven (7) days yearly;
  • Responses to all inquiries and complaints from clients regarding the management services at IAB adhere to the following period:
    • acknowledgement of receipt within one (1) day
    • initial response within 15 days

QUALITY BASE

Institut Aminuddin Baki (IAB) komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan melalui program lalui latihan yang berkualiti.

IAB juga memastikan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa dipatuhi serta memenuhi kehendak pelanggan.

Dasar Kualti ini menyediakan asas untuk mewujudkan, menyemak semula objektif kualiti serta komitmen pengurusan untuk peningkatan Sistem Pengurusan Kualiti yang berterusan.

Dasar Kualiti ini disebar, difahami dan diaplikasikan oleh keseluruhan warga IAB serta dikaji semula untuk memastikan kesesuaiannya berterusan.

ORGANISATION STRUCTURE

cartaIAB20Julai2018

 ** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

CONTACT

Address Website Phone Number Fax Email (@iab.edu.my)
Aminuddin Baki Institute
Ministry of Education Malaysia,
Kompleks Pendidikan Nilai, 
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan
http://iab.moe.edu.my 06-797 9200 06-797 9300 iab
  • Hits: 6342

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map