logo.rasmi.bi

Educational Planning and Research Division

DEPARTMENT HEAD

Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim

Name :


Dr. Haji Ahmad Rafee Bin Che Kassim      
 

BACKGROUND 

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (BPPP) ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap perancangan pendidikan kebangsaan.

Dari setahun ke setahun peranan BPPP telah menjadi semakin penting. Bermula tahun 1969, BPPP telah diberi tanggungjawab menyelaras program pendidikan di bawah Pinjaman Bank Dunia daripada peringkat perancangan projek, perundingan mendapatkan pinjaman sehingga ke peringkat pelaksanaannya.

Seterusnya mulai tahun 1970, BPPP telah dipertanggungjawabkan menjadi urus setia Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP), iaitu jawatankuasa penggubal dan pemutus dasar tertinggi di Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran.

Berdasarkan pentingnya peranan BPPP dalam perkembangan pendidikan negara, bermula pada tahun 1975 BPPP telah diiktiraf sebagai satu Bahagian yang tersendiri dengan diterajui oleh seorang Pengarah. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1979 telah memperincikan peranan BPPP di peringkat Kementerian Pelajaran. Perkara tersebut dijelaskan dalam para 257, 258, 259, 260, 261, 262, 263, dan 264. Peranan BPPP juga termasuklah menyediakan pelbagai input bagi membantu pemutus dasar menggubal dasar-dasar pembangunan pendidikan negara.

Mulai tahun 1995, melalui penstrukturan baru Kementerian Pelajaran, BPPP dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan peranannya, BPPDP telah melaksanakan satu sistem kualiti berasaskan MS ISO 9001:1994 dan telah diperakukan pensijilannya pada Disember 2002 bagi aktiviti Penyelidikan Pendidikan. Seterusnya BPPDP telah memperluas skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti kepada aktiviti urusan Hal Ehwal Parlimen dan diperakukan dengan pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Mac 2004. Pada tahun 2009, skop pelaksanaan diperluas kepada Perkhidmatan Rujukan. Pensijilan MS ISO dipertingkatkan dengan melaksanakan sistem pengurusan berkualiti ISO 9001:2008 mulai tahun 2010. Pada tahun 2012 skop pensijilan diperluaskan kepada aktiviti Pengurusan Permohonan Data Pendidikan.

VISION

Peneraju kecemerlangan penggubalan dasar, perancangan dan penyelidikan untuk pendidikan berkualiti

MISSION

To initiate educational planning and research towards fulfilling the nation's goals and aspirations

OBJECTIVE

  • Merancang dan mengurus aktiviti perancangan, penyelidikan dan penggubalan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara.
  • Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui penyelidikan, intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan serta menepati indikator antarabangsa.
  • Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan.
  • Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Merancang dan menguruskan aktiviti perancangan dan penyelidikan berasaskan piawaian kualiti.
  • Menjadi pusat pangkalan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan, penggubalan dan pemutusan dasar pendidikan.

FUNCTION

EPRD is established to carry out its principal functions by means of the following :

  • Planning and constructing education policies; planning for the development of education and the development of information application system in education.
  • Identifying, evaluating and analyzing the intervention of education policies, and the development of education which includes external aid and regional cooperation.
  • Coordinating information related to education to aid in Parliamentary affairs, education planning and management competence for all agencies in MOE.
  • Conducting research and evaluation in solving issues arising in relation to planning and implementing education policies and programmes.
  • Conducting comparative research at international level.
  • Managing, providing and coordinating the collection of data and education information by the use of education information application system such as EMIS, SMEP, GIS, and MASA.
  • Managing and coordinating the development of collection and the services as a centre of information and data for all officers in the Ministry of Education and researchers.
  • Conducting meta analysis of local and foreign research.
  • Providing, analysing and coordinating the projections for enrolment and class, the projection for placement of teachers in primary and secondary schools as well as matriculation colleges based on type of school, level and state.
  • Providing expertise with respect to education acts, rules and policies, planning of education development, research, evaluation and management of education data and information.

CLIENTS CHARTER

Kami warga BPPDP dengan penuh tekad dan iltizam berjanji:

  • Menyediakan perancangan program/projek dan menghasilkan dokumen perancangan pembangunan pendidikan tahunan bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menyediakan kertas konsep atau kertas dasar pendidikan untuk pemutus dasar bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh ditetapkan.
  • Melaksanakan sekurang-kurangnya lima penyelidikan pendidikan yang dimohon oleh pihak pengurusan tertinggi KPM dalam tahun semasa.
  • Menyediakan maklum balas terhadap isu pendidikan yang memerlukan perhatian dan tindakan penggubal dan pemutus dasar dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari bekerja.
  • Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang komprehensif, sahih dan kemas kini melalui dua penerbitan buku statistik setiap tahun.
  • Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang diluluskan oleh pihak pengurusan atasan BPPDP kepada individu atau agensi di dalam dan di luar KPM dalam tempoh lima hari bekerja.
  • Memberi keputusan terhadap kertas cadangan penyelidikan pendidikan dalam tempoh sepuluh hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
  • Memproses bahan koleksi yang diterima oleh Pusat Dokumentasi dalam tempoh lima hari bekerja untuk rujukan pengguna.

ORGANISATION STRUCTURE

CONTACT

Address Phone Number Fax Email (@moe.gov.my)
Educational Planning and Research Division
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya 
MALAYSIA
03-8884 6296 03-8889 5718 [emil]
  • Hits: 4271

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map