logo.rasmi.bi

Home

Gap Year

There is no translation available.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Program Gap Year?

Program Gap Year merupakan konsep baharu yang akan diperkenalkan di seluruh IPT di Malaysia bermula September 2017. Program ini memberi peluang kepada pelajar menangguhkan pengajian untuk tempoh setahun atau dua (2) semester bagi mengikuti aktiviti kesukarelawan.
Melalui program ini, pelajar juga dapat meningkatkan kekendirian dalam kehidupan, kerjaya dan peranan mereka dalam masyarakat. Dalam masa sama, program Gap Year ini boleh memupuk dan menanam sikap bertanggungjawab, patriotisme, perpaduan dan penyayang di kalangan pelajar. Secara tidak langsung, program ini membantu dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan.

2. Adakah program Gap Year terbuka kepada semua pelajar termasuk pelajar pada semester satu?

Program Gap Year terbuka kepada semua pelajar dan mereka diberi kebebasan untuk memilih. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan untuk menyertai program ini selepas menghabiskan sesi pengajian pada tahun pertama. Pelajar yang menyertai program ini akan diberi pilihan untuk memilih aktiviti seperti bekerja, melancong dan khidmat masyarakat. Namun, KPT telah memperkenalkan dan merangka program Gap Year dengan menjalankan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan dan Maritim Malaysia (APMM). Pelajar juga boleh menyertai program Gap Year yang dianjurkan oleh Universiti Awam seperti Universiti Utara Malaysia secara kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) secara kerjasama dengan Jabatan Orang Asli dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara kerjasama dengan Islamic Relief (International).

3. Apakah perbezaan antara penglibatan dalam Gap Year dan penglibatan dalam PALAPES, SUKSIS atau APM?

Badan beruniform seperti PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan), SUKSIS (Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi) dan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) di Universiti Awam melaksanakan latihan di hujung minggu dan sepanjang cuti semester. Pelajar perlu mendaftar badan beruniform dalam tempoh tiga (3) tahun pengajian dan menghadiri kelas/kuliah seperti biasa. Manakala bagi program Gap Year, kelas/kuliah ditangguhkan untuk tempoh setahun bagi pelajar mengikuti aktiviti ini dengan agensi-agensi berkaitan.

4. Berapa lamakah tempoh Gap Year?

Tempoh program Gap Year antara sembilan (9) bulan hingga setahun, bersamaan dengan dua (2) semester.

5. Adakah pelajar tertakluk kepada syarat minimum CGPA jika ingin mengikuti Gap Year?

Tiada syarat minimum CGPA bagi program Gap Year. Malah, pelajar yang mempunyai CGPA rendah dan menyertai program Gap Year akan berehat sementara daripada mengikuti pengajian, sebelum menyambung pengajian dan memperbaiki CGPA.

6. Bagaimana pelajar boleh memohon program Gap Year?

Pelajar boleh memohon melalui universiti masing-masing.
 
  • Hits: 2926

MINISTRY ADDRESS

   Ministry of Education Malaysia,
   No. 2, Tower 2, Road P5/6, Presint 5,
   Administration Centre of Federal Government,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telephone : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode border


Copyright © Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved.
Best view using latest Google Chrome. Also can be view using  Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera latest version with 1366 X 768 screen resolution and above.
 
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Portal Guide | Portal Team | Site Map
Last Modified Thursday 25 April 2019, 11:15:06.

Today Hits 2391

This Week Hits 12774

This Month Hits 66633

Total Hits 108314