logo.rasmi.bm

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah :

  • Penggunaan data di bawah terma ini ;
    Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.
  • Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut :
    (i) Salin, terbit, edar dan pindah data ;
    (ii) Adaptasi data ;
    (iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial ; dan
    (iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.
  • Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH :
    (i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data ;
    (ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini ; dan
    (iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut ;
    "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"
  • PENGECUALIAN
    Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap :
    (i) Data peribadi ;
    (ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data ;
    (iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan ;
    (iv) Lambang diraja dan lambang tentera ;
    (v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya ;
    (vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk ; dan
    (vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
  • TIADA JAMINAN
    (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data ; dan
    (ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.
  • UNDANG-UNDANG
    Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
    Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015.
    Capaian dataset boleh dibuat melalui http://data.gov.my
  • Hits: 407

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 20 Jun 2019, 11:33.