logo.rasmi.bm

Sistem Pendidikan

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada :-
  • Pendidikan Prasekolah
    • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
  • Pendidikan Rendah
    • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun;
    • Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;
  • Pendidikan Menengah
    • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;
    • Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :- 
      • sekolah akademik
      • sekolah teknik dan vokasional
      • sekolah kebangsaan agama
  • Pendidikan Lepas Menengah
    • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
 
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
  • Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas
  • Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan
  • Hits: 4137

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Jun 2019, 16:41.