Biasiswa Luar Negara

Senarai biasiswa luar negara

NAMA BIASISWA 

MAKLUMAT UMUM

URL

Biasiswa ISESCO

Tawaran biasiswa untuk semua peringkat pengajian dalam bidang kejuruteraan, teknologi, perubatan, sains gunaan, sains komputer, sains alam sekitar, pengurusan dan perdagangan, ekonomi, perakaunan serta bidang yang berkaitan dengan kebudayaan Arab dan Pengajian Islam.

https://www.isesco.org.ma

Geran Penyelidikan Pusat ISESCO bagi Promosi Penyelidikan Saintifik

Tawaran biasiswa kepada calon negara anggota OIC yang memiliki ijazah kedoktoran dan berumur di bawah 40 tahun. Geran yang ditawarkan adalah dalam bidang nanoteknologi, bioteknologi kesihatan, teknologi komunikasi dan maklumat, bioteknologi agrikultur, sains kejuruteraan, sains biologi, tumbuhan perubatan dan sains gunaan.

http://www.science4innivation.org

SEARCA Graduate Scholarship for Southeast Asians

Tawaran pengajian peringkat Master (MS) dan Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang pertanian dan berkaitan (sains biologi, perikanan, sains persekitaran, statistik, perhutanan dan sains sosial).

https://www.searca.org/index.php/scholarship/ graduate-scholarship

Biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk Pelajar Malaysia

Biasiswa ditawarkan bagi semua peringkat pengajian di universiti awam Arab Saudi dalam pelbagai bidang (kecuali bidang perubatan).

https://www.moe.gov.sa/en/Pages/default.aspx

Biasiswa Kerajaan Magribi untuk Pelajar Malaysia

Biasiswa ditawarkan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di Maghribi. Maklumat lanjut mengenai biasiswa ini boleh diperoleh daripada agensi yang berikut:

·         Moroccan Agency of International Cooperation

·         Ministry of Foreign Affairs and Cooperation

·         Ministry of Higher Education

·         Ministry of National Education

·         Office of Vocational Training and Employment Promotion

Türkiye Scholarships 2019

Biasiswa Türkiye Scholarships adalah terbuka untuk semua pelajar antarabangsa termasuk Malaysia bagi semua peringkat pengajian dalam pelbagai bidang.

www.turkiyeburslari.gov.tr

Stipendium Hungaricum / Hungary

Biasiswa ditawarkan dalam semua peringkat pengajian dalam bidang pertanian dan pembangunan mampan, kejuruteraan pertanian pengurusan air, seni bina dan warisan budaya, sains semulajadi dan kajian alam sekitar dan sains kesihatan.

http://studyinhungary.hu/study-in-hungary/menu/stipendium-hungaricum-scholarship-programme

Romanian Government Scholarships for Foreign Citizens / Romania

Biasiswa ditawarkan kepada pelajar antarabangsa bagi semua peringkat pengajian dalam bidang seni bina, seni visual, kebudayaan dan ketamadunan bangsa Romania, kewartawanan, politik dan sains pentadbiran, pendidikan sains, sains sosial dan kemanusiaan, pendidikan teknikal, petrol dan gas, sains pertanian dan perubatan veterinari. Tawaran biasiswa merangkumi yuran pengajian dan penginapan.

https://www.mae.ro/en/node/10251

Japanese Government Monbukagakusho (MEXT) Scholarship / Jepun

Tawaran biasiswa kepada pelajar Malaysia bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di Jepun dalam pelbagai  bidang.

https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/scholarship.html

Kemitraan Negara Berkembang (KNB) Scholarship / Indonesia

Tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kemanusiaan, Kejuruteraan Sains, Sains Sosial dan Pendidikan.

http://www.knb.ristekdikti.go.id/YW5ub3VuY2VtZW50

Darmasiswa Scholarship Programme / Indonesia

Tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa bagi mengikuti pengajian bukan ijazah (Non-Degree Scholarship) untuk memupuk dan meningkatkan minat terhadap bahasa dan kebudayaan Indonesia.

Belt and Road Scholarship in China for International Students / China

Tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana di University of Chinese Academy of Sciences (UCAS), China. Biasiswa adalah terbuka kepada semua negara di bawah inisiatif Belt and Road.

http://english.ucas.ac.cn/index.php/admission/international-students/scholarship-financial-aid/5052-call-for-2019-cas-the-belt-and-road-master-fellowship-programme

University of Lignan Scholarship / Hong Kong

Tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan PhD dalam bidang Liberal Arts di Universiti Lignan, Hong Kong.

https://www.ln.edu.hk/reg/info/pgrad/onlineapp. php

University of Baptist Scholarship / Hong Kong

Biasiswa ditawarkan kepada pelajar Malaysia bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Sains Sosial “Sports and Leisure Management” di Universiti Baptist, Hong Kong.

http://gs.hkbu.edu.hk/eng/index.php

Monash Ph.D Scholarships

Biasiswa ditawarkan kepada pegawai Kerajaan Malaysia kategori akademik (universiti awam, politeknik dan kolej komuniti) dan bukan akademik (gred 41 ke atas) yang berkelayakan bagi mengikuti pengajian pringkat Ph.D. Biasiswa yang ditawarkan merangkumi yuran pengajian dan kajian peringkat doktoral.

www.monash.edu.my/phd-scholarship-jpt

Hong Kong Ph.D Fellowship Scheme Research Grants Council Of Hong Kong

Biasiswa Hong Kong Ph.D Fellowship Scheme (HKPFS) ditawarkan untuk pengajian peringkat Ph.D bagi tahun akademik 2020/21. Pembiayaan biasiswa ditawarkan sebanyak HKD25,800.00 sebulan dan elaun perjalanan bagi tujuan menjalankan kajian atau menghadiri persidangan sebanyak HKD12,900.00 setahun bagi tempoh sehingga tiga tahun pengajian.

www.rgc.edu.hk/hkphd

YH2 Capital Scholarship

Biasiswa YH2 Capital Scholarship menawarkan biasiswa dan tajaan sepenuhnya bagi pengajian peringkat ijazah di Magdalene College, University of Cambridge, United Kingdom. Penawaran biasiswa dibuka kepada semua pelajar Malaysia.

https://www.yh2capital.com/yh2-capital-scholarship/

ASEAN Fellowship for PhD at Indian Institutes of Technology (IIT)

ASEAN Fellowship for PhD at Indian Institutes of Technology (IIT) menawarkan sebanyak seribu (1000) peluang biasiswa kepada warganegara negara ASEAN bagi melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di mana-mana India Institutes of Technology (IIT).

http://asean.iitd.ac.in/

   

Biasiswa luar negara yang disenaraikan adalah semata-mata bertujuan untuk memberi informasi kepada pemohon yang berminat.  Walaubagaimanapun, maklumat lanjut dan permohonan perlulah terus kepada pihak yang menawarkan biasiswa ini.   

  • Hits: 5020

Penafian

Paparan ini bertujuan hanya untuk memberi maklumat kepada orang awam mengenai peluang-peluang biasiswa dan pembiayaan pendidikan tinggi yang boleh didapati di Malaysia. Maklumat yang dipaparkan adalah sekadar untuk hebahan dan rujukan semata-mata.
Orang awam yang berminat terhadap biasiswa dan pembiayaan berdasarkan kepada padanan bidang dan pengajian yang dibuat boleh berhubung terus dengan agensi pemberi biaya masing-masing seperti pautan alamat agensi yang tertera. Setiap permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi tersebut dan KPM tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meminda syarat-syarat yang telah ditetapkan.
KPM juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kerugian atau kesan negatif jangka pendek atau jangka panjang yang mungkin timbul daripada kekeliruan paparan maklumat yang dipaparkan.