Kategori

Kurikulum Program Pengajian Inovatif


Definisi Kurikulum Program Pengajian Inovatif

Kurikulum inovatif merupakan program akademik yang memberikan penekanan terhadap reka bentuk kurikulum yang berasaskan hasil pembelajaran pelajar. Ini merangkumi pedagogi yang inovatif, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran kondusif dan interaktif. Kurikulum ini memberikan inspirasi kepada pelajar menjadi lebih kreatif, kritis dan analitik bagi mencapai hasil pembelajaran yang responsif kepada perubahan serta keperluan negara dan global.

Objektif Anugerah

Anugerah kategori ini bertujuan mengiktiraf program akademik pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang menekankan reka bentuk kurikulum secara inovatif dan kreatif sehingga berjaya melahirkan graduan kalis masa hadapan (future-proof graduates).

Syarat Permohonan

  • Terbuka kepada Institusi Pendidikan Tinggi bagi program pengajian sijil, diploma, sarjana muda, sarjana, kedoktoran yang menawarkan program secara kerja kursus atau mod campuran.

  • Permohonan terhad kepada dua (2) penyertaan bagi setiap institusi.

Kriteria Penilaian

Semua penyertaan akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:
  • Rasional (10%);

  • Pendekatan (30%);

  • Keterlibatan (20%); dan

  • Impak / Keberkesanan (40%)

Rasional (10%)

  • Apakah rasional pembangunan program akademik ini?
  • Jelaskan falsafah penggubalan kurikulum secara menyeluruh dari segi reka bentuk kurikulum dengan disokong oleh aspek pedagogi yang inovatif, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran kondusif dan interaktif.
  • Sejauh manakah perubahan yang dicadangkan mempunyai nilai yang memberikan inspirasi kepada pelajar menjadi lebih kreatif, kritis dan analitik.
  • Bagaimanakah kurikulum yang dibangunkan berjaya melahirkan graduan kalis masa hadapan (future-proof graduates)?
  • Adakah justifikasi reka bentuk kurikulum menerapkan hasil pembelajaran yang menepati perubahan semasa serta memenuhi keperluan institusi, badan akreditasi/badan profesional, negara dan global?

Pendekatan (30%)

  • Bagaimanakah penjajaran konstruktif diterapkan dalam penyampaian dan pentaksiran Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)?
  • Bagaimana kurikulum pembelajaran berpusatkan pelajar dilaksanakan?
  • Adakah pelaksanaan kurikulum mengambil kira penyampaian (kandungan dan/atau kaedah penyampaian) dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang inovatif?
  • Apakah pelaksanaan kurikulum mengambil kira pentaksiran dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang menyokong hasil pembelajaran program?

Keterlibatan (20%)

  • Jelaskan sumber pendidikan (tenaga pengajar yang terlatih, fasiliti (infrastruktur dan infostruktur), ruang pembelajaran dan lain-lain) menyokong penyampaian kurikulum yang lebih efisien bagi melahirkan pelajar yang lebih inovatif.
  • Adakah pemegang taruh (pengurusan, industri, komuniti, penaja, alumni dan lain-lain) terlibat dalam mereka bentuk, membuat semakan semula kurikulum, pelaksanaan dan penilaian Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)?

Impak / Keberkesanan (40%)

  • Bagaimana kurikulum ini berupaya melahirkan/menampilkan kemenjadian graduan?
  • Sejauh manakah kurikulum ini memberikan impak kepada kualiti pembelajaran pelajar?

  • Bagaimanakah keaslian dalam reka bentuk kurikulum program ini membantu ke arah penciptaan pekerjaan?
  • Sejauh manakah pencapaian kurikulum dari segi kebolehpasaran graduan?
  • Pertambahan peratusan permohonan bagi program meningkat - ATAU pertambahan peratusan enrolmen pelajar bagi program.

Nilai Anugerah

Nilai Anugerah Kurikulum Program Pengajian Inovatif adalah seperti di bawah :

Tempat Pertama

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM10,000

Tempat Kedua

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM5,000

Tempat Ketiga

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM3,000

Berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hubungi Kami
Urus Setia
Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia:
Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif Tahun 2019

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Hakcipta Terpelihara © 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia