Penerangan Bidang

There is no translation available.

ALIRAN TEKNIKAL

Penawaran aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik (SMT) adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan pelajar yang berminat terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM). Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang menawarkan bidang seperti berikut:

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Perdagangan
  • Pertanian

Setelah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari sama ada di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan dan seterusnya menjadi tenaga profesional.

  • Hits: 20206

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 29 September 2023, 15:09:43.