Definasi Dan Konsep

There is no translation available.

  • Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
  • RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrument untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu, dengan pegawai pendidikan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
  • RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang :

 
  1. tahap prestasi seseorang murid
  2. perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik
  3. matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh murid
  4. maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenal pasti
  5. objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
  6. perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang disediakan untuk murid
  7. satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi alam sekitar
  • Kesimpulannya RPI adalah rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang murid, dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.

  • Hits: 6496

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 16 January 2021, 20:44:27.