Permohonan/Penggantian Sijil Matrikulasi
1. Siapakah yang layak memohon Sijil Matrikulasi KPM?
- Semua pelajar yang telah tamat pengajian Program Matrikulasi KPM sejak tahun Sesi 1999/ 2000 layak untuk memohon Sijil Matrikulasi KPM.
2. Adakah pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/ 2017 perlu memohon Sijil Matrikulasi KPM?
- Tidak perlu. Pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/ 2017 dan seterusnya akan diberi sijil secara automatik berserta transkrip akademik sekiranya memenuhi syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM.
3. Apakah syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM?
- Syarat- syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM:
- Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM;
- Mengambil sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran pengkhususan dan semua mata pelajaran wajib yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM;
- Keputusan diperoleh dalam satu peperiksaan sahaja; dan
- Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.
4. Bagaimanakah saya hendak memohon Sijil Matrikulasi KPM?
- Sijil Matrikulasi KPM boleh dimohon dengan mengisi pdf borang (89 KB) permohonan yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my bermula pada 1 Januari 2017. Sila ikuti panduan yang disediakan dalam borang permohonan tersebut.
5. Bilakah tarikh tutup permohonan Sijil Matrikulasi KPM?
- Tiada tarikh tutup dan permohonan dibuka sepanjang tahun.
6. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM?
- Tiada sebarang bayaran.
7. Apakah alamat emel yang boleh digunakan untuk menghantar borang permohonan saya?
- This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
8. Berapa lamakah masa untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM selepas membuat permohonan?
- 30 hari bekerja selepas borang permohonan diterima oleh Bahagian Matrikulasi.
9. Bagaimanakah saya boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi untuk sebarang pertanyaan berkaitan Sijil Matrikulasi KPM?
- Bahagian Matrikulasi boleh dihubungi di talian 03 – 8884 4083.
10. Bolehkah saya mendapatkan salinan gantian sekiranya saya kehilangan Sijil Matrikulasi KPM?
- Boleh, dengan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM50.
- Hits: 65320